Cerita lawak ni dipetik dari email seorang kawan. Jadi aku nak share ngan korang cite lawak sengal ni. Harap korang semua terhibur. Ceritanya begini…
Ada 26 orang pesakit mental (kira gila la ni), mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan di Amerika. Mereka di bawa ke sana dengan menaiki pesawat Herecules yang besar. Ketika di udara, orang -orang gila ini telah membuat bising dengan bermain bola di dalam pesawat tersebut.
Kapten pesawat menjadi marah dengan keadan bising tersebut lalu menyuruh Co-Pilot menenangkan orang-orang gila tersebut. “Hoi! Kenapa bising sangat ni?? Dah.. Jangan main bola dalam kapalterbang ni” Bentak Co-Pilot terhadap orang-orang gila tersebut.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Lama kelamaan keadaan menjadi bertambah sunyi dan sepi. Kapten pun menjadi curiga dengan keadaan tersebut. Beliau menyuruh Co-Pilot memeriksa keadaan di belakang. Ketika Co-Pilot datang ke belakang, alangkah terkejutnya beliau kerana orang gila tadi hanya tinggal 4 orang sahaja.
Lalu Co-Pilot pun bertanya kepada 4 orang gila tadi. “Hei! Kamu semua! Kenapa tinggal kamu berempat saja? Yang lain ke mana?” Salah seorang dari 4 orang gila tadi pun menjawab… “Habis tak kasi main bola dalam kapalterbang… jadi diorang main la kat luar”.
Co-Pilot pun bertanya lagi… “Hah! Yang kamu berempat masih kat dalam ni.. kenapa? Dengan selamba 4 orang gila tadi menjawab secara serentak…. “Kami kan pemain simpanan”.
Kah.. kah.. kah.. Lawak tak? Kalau korang tak gelak, tu tandanya korang giler
Seminggu dua ni heboh cerita pasal pasir terutamanya di Selangor. Tiba-tiba je pasir jadi popular… lebih popular dari Faizal Tahir pulak. Kalau dulu ada pepatah… “Menabur pasir ke periuk nasi orang” bunyi nya macam pasir tu takde harga untuk dimakan.. tapi kini pasir seolah-olah menjadi rebutan bagi mereka yang tahu ‘nilai’ pasir itu. Tetiba ramai yang concern pasal pasir. Agaknya diorang ni nak jadi hero kepada pasir kot… hehehe.
Heboh cerita satu malaya pasir di Selangor kena curi. Walau pun kita dah lama tahu skandal curi pasir ni dah lama jadi. Yang peliknya si pencuri pasir ni curi pasir secara terang-terangan disiang hari. Boleh pulak si pencuri pasir tu lalu lalang depan orang ramai untuk curi pasir. Dalam kamus dewan mengatakan… “MENCURI ialah mengambil hak orang lain tanpa izin atau tanpa diketahui tuan punya hak”. Tapi dalam kes pasir ni… ini bukan dikira mencuri. Tapi pakah istilah yang patut diberi?
Apa dah jadi dengan negeri ku Selangor… Kenapa pasir kat Selangor je yang diorang kecoh? Hebat sangat ke pasir kat Selangor ni? Kenapa bukan pasir kat Johor? Padahal kat negeri lain pon ada penyangak pasir… Kenapa isu pasir je di kupas sekupasnya? Ini bukan cerita baru.. dah lama dah cerita ni….
Sebenarnya inilah namanya strategi media. Mereka akan kupas kes ini sikit-sikit… ulang banyak kali hingga penontonnya terfikir…. “Oooo… betullah.. memang pencuri pasir ni jahat… penguatkuasa tak jalankan tugas… kerajaan negeri yang memerintah gagal…”
Akhirnya bila fikir-fikir… apa motif terselindung disebalik kisah pasir ni…? Hehehehe… POLITIK je sebenarnya…
Hampir seminggu aku dah berada di Negara Matahari terbit ni… Aku ke sini bersama beberapa orang teman atas urusan kerja. Seminggu yang lepas, kami ke sini melalui KLIA – Bangkok – Nagoya. Dari Nagoya kami mengambil train untuk ke Ise City, di mana tempat yang kami perlu tuju untuk menjalankan “tugas-tugas khas” yang company telah amanahkan kepada kami.
Ini merupakan kali kedua aku menjejaki kaki ke sini. Kali terakhir adalah pada tahun 2004. Perjalanan menaiki keretapi dari Nagoya ke Ise City mengambil masa selama 1 jam 40 minit dengan belanja tambangnya sebanyak JPY860.. Kalau nak harap duit sendiri memang tak tau la bila aku nak sampai sini huhuhu… Maklum lah nak ke sini perlukan belanja yang besar jugak.
Sebenarnya aku bukan lah suka sangat nak keluar negara atas urusan kerja ni… Banyak benda yang aku terpaksa tinggalkan seketika semata-mata untuk “mengkayakan” Company tempat aku kerja. Sedangkan online bussiness aku seperti eBay dan lain-lain terabai. Maka menyebabkan pendapatan aku melalui eBay jadi kurang masyuk huhuhu. Entri kali ni aku tak reti nak cite panjang-panjang. Sekadar mengupdate blog aku ni dari terus sepi.
Seperti yang telah kita sedia maklum, Nagoya ialah lokasi penting sebagai pusat pernigaan di mana kira-kira 44 peratus perusahaan automobil di Jepun dikeluarkan di sini. Syarikat-syarikat seperti Toyota, Honda, Suzuki, Mitsubishi, Volkswagen dan General Motors mempunyai ibu pejabat, operasi pembuatan dan pusat pengedaran di Nagoya. Maka tidak hairan lah Nagoya tersenarai sebagai bandar raya ketiga termahal di dunia.
Di sini, untuk menikmati makan tengahari di Restoran sesorang perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM60.00, untuk membeli sekilogram beras RM30.00 dan untuk membeli sedozen telur… korang perlu sediakan lebih kurang RM10.00. Sememangnya kos sara hidup disini memang tinggi banget. Walaupun begitu rakyat Jepun kat sini hidup cam biasa sebab pendapatan diorang agak besar. Gaji seorang Operator Kilang je kat sini lebih kurang JPY150,000 ~ JPY200,000 (RM4000 ~ RM5000). Dah sama ngan gaji Engineer kat Malaysia huhuhu…
Sepanjang seminggu aku berada di sini, tak banyak tempat aku nak jalan-jalan. Ise City tempat yang aku duduk ni hanyalah pekan kecil. Takde tempat menarik yang aku dan kawan-kawan lain boleh lawat. Lagipun kitorang ke sini bukan untuk jalan-jalan hohoho… Tapi adalah satu hari tu, diorang (staff machine maker company) bawak kitorang jalan-jalan gi Ise Shrine… tu pun sebab tengok kitorang tension sangat machine tak siap.
Tak banyak gambar aku ambik walaupun pemandangan kat sini memang cantik. Lagipun aku tak bawak kamera yang canggih. Hanya gunakan kamera handphone aku je. Insya allah kalau ada lagi gambar yang lebih baik lagi nanti, aku akan upload untuk tatapan korang
. Ada lagi beberapa hari aku kat sini sebelum pulang ke Malaysia.
Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.
Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!
Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.
Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.
Hari ni genap seminggu usia blog aku. Sebelum ni aku ada beberapa blog yang telah aku jahanamkan. Semoga dengan adanya blog yang baru ni akan menambahkan kerancakkan aku untuk berblogging.
Sebelum ni aku memang aktif mengupdate kisah hidup aku kat Facebook. Oleh kerana aku nak tambahkan alternatife tempat aku mengupdate kisah hidup, maka wujudlah blog ini. Dengan adanya blog ini juga, dapatlah korang berkongsi cerita dengan aku.
Ada orang berblogging untuk buat duit, cari kawan, sebar ilmu dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku buat masa ni biarlah benda tu semua datang dengan sendirinya. Tak perlu tergopoh-gapah. Bak kata orang jawa… “Step by step” hehehe…
Buat masa ni aku tak mementingkan sebarang ‘niche’ dalam blog aku ni. Belasah je apa yang terlintas aku nak tulis. Jadi tak hairanlah kalau blog aku ni tak ada pengikut yang setia. Maklum lah… siapa lah aku huhuhu.
Bagi korang yang rasa nak tinggalkan sebarang komen, kutukan, hinaan atau seangkatan dengannya… aku amat berbesar hati dan mengalu-alukan nya. Semoga dengan benda tu semua dapat memperbaiki cara aku berblogging. Akhir kata… aku tinggalkan pantun dua kerat untuk korang jawab.
“Saya budak baru belajar
Ambil galah tolong jolokkan”
Haaa!! Jawab tau, jangan tak jawab… hehehe. Ok la cukup takat ni dulu, aku nak gi update eBay dan PayPal aku plak lepas ni. Chaw..
Petang semalam sewaktu aku tengah drive balik dari PROTON, Shah Alam terima satu SMS dari CELCOM berbunyi begini…
“Makluman: Penggunaan anda setakat 150710 berjumlah RM450.69 mencecah 91% – 99% had kredit. Sila bayar segera kerana talian mungkin akan disekat. Info bill, dail *119#”.
Terkejut beruk aku dibuatnya. Padahal baru 3 minggu lepas aku bayar semua jumlah bil CELCOM handphone aku tu. Siap aku bayar advance RM10 lagi…
Minggu lepas memang aku ke Jakarta selama 5 hari tapi sepanjang aku kat sana, rasanya hanya 3 kali sahaja aku buat call ke Malaysia. Itupun tak la lama dan tak sampai pon 10 minit… takkan boleh cecah bil sampai RM450. Kebiasaan bil CELCOM bulanan aku dalam lingkungan RM60 ~ RM80 sahaja. Rasa cam ada yang tak kena je..
Sampai rumah aku tengok ada bil Celcom dah sampai atas meja… Cam tau tau je CELCOM ni aku tengah hangin satu badan. Aku pun belek-belek setiap helai detail bil yang diterima bertarikh 08/07/2010. Kat sini aku ringkaskan caj penggunaan yang CELCOM kenakan : -
- Caj Panggilan Nasional dan Domestik – RM34.28
- Caj SMS Tempatan – Hantar – RM4.74
- Caj SMS Muat Turun – Hantar – RM0.15
- Caj SMS Muat Turun – Terima – RM150.50
- Caj Penggunaan Data 3G – RM28.10
Nampak tak… penyumbang caj paling banyak adalah Caj SMS Muat Turun – Terima – RM150.50. Entah bila masa aku terima SMS Muat Turun dari nombor 37900 MEXCOMM.. tu pun aku tak tau. Huh!! bukan nya sikit SMS tu.. banyak beb. Setiap SMS caj nya RM4.00… fuhh! giler betul. Ni dah kira kes aniaya ni.
Kat bawah ni aku kasi upload gambar bil caj yang aku kena untuk tatapan korang hehehe…
Kalau korang kena camni, apa tindakan yang korang akan buat? Nasihat aku, kalau korang rasa tak bersalah… Ada beberapa tindakan yang korang harus buat.
- Jangan buat report ke Balai Bomba.. tapi buat lah report ke Balai Polis yang berdekatan.
- Adukan masalah kepada Telco Center utk block nombor shortcode contoh : 37900 (CELCOM, MAXIS atau DiGi)
- Korang boleh unsubscribe nombor SMS tersebut dengan cara Taip SMS : STOP<jarak>ALL hantar ke 37900. Tak lama nanti korang akan dapat balasan SMS seperti ini… “RM0.00 Your subscription to all services been terminated. Thank you for your patronage”.
Semoga apa yang aku paparkan kali ni menjadi pengajaran buat semua. Adios!!
Semua orang nak berjaya. Tapi korang tau tak, bahawa orang BERJAYA, mempunyai rahsia kenapa mereka BERJAYA. Mereka mempunyai salah satu kuasa untuk berjaya. Kuasa tersebut adalah kuasa BERTINDAK!!
Ya, itu sahaja. Tiada rahsia lain lagi!
Secara jujur daripada kajian dan pemerhatian aku terhadap orang-orang yang berjaya dengan tidak berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelompok ini.
Orang berjaya mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang mereka rancang dan dalam masa yang sama dapat melakukan apa sahaja yang mereka rasakan perlu mereka lakukan. Kita pulak camna yek? Sudahkah kita melaksanakan apa yang dirancang sebagai azam tahun baru sebelum ni?
Adakah korang dalam kategori berikut?
- Surirumah yang menjaga anak di rumah yang buntu dengan hutang rumah, kereta & etc?
- Pelajar yang berhutang dengan PTPTN atau etc
- Seseorang yang mahu membayar hutang dengan cepat?
Sekiranya korang belum bertindak dengan apa yang korang rancangkan… cepat-cepat lah bertindak! Barulah perancangan nanti berjaya dan membuahkan hasilnya
!
Tengok tajuk kat atas je dah rasa cam malas je… Terasa malas je aku nak update blog ni. Tapi aku gagahkan jugak. Aku kena paksa diri aku ni untuk update blog yang sememangnya aku sendiri nak blog ini terupdate setiap hari. Tapi boleh ke? Insya Allah…
Bangun awal pagi hari ni badan terasa ‘berat’ sekali. Mungkin kepenatan 5 hari di Jakarta tempohari masih belum hilang. Semalam aku tiba di LCCT dari Jakarta jam 5.30 petang. Sampai LCCT, isteri dan anak-anak aku dah tunggu. Rindu sangat aku kat isteri dan anak-anak aku. Memang penat masa tiba tu… tapi bila nampak kelibat diorang je, hilang pulak semua penat tu. Ingatkan malam tadi nak berjaga, nak tengok Final World Cup Spain vs Belanda. Tapi mata aku tak larat dah… terlelap terus. Cuma pagi tadi sempat tengok result kat berita jam 7. Yup! Spain menang 1-0… tak seperti yang aku jangkakan iaitu 3-0.
Pagi ni ingat malas nak pergi kerja tapi baru ingat… company tu bukan bapak aku yang punya hehehe… so kena gak la pergi kerja. Lagipun dah banyak benda yang tertangguh sepanjang 5 hari aku takde. Next week plak aku kena gi outstation ke Japan untuk seminggu. Ye.. Ada benda yang harus aku siapkan sebelum ke sana agar semuanya berjalan lancar nanti.
Hari ni sabtu dan hari ke 4 aku di Kota Jakarta. Esok dah nak balik Malaysia tapi aku dan teman-teman yang lain belum menjenguk apa yang ada di Kota Jakarta ini dek disebabkan kesibukan tugas yang perlu diselesaikan dulu. Hanya sekadar menikmati makan malam di Mall Plaza Indonesia yang terletak dihadapan hotel aku menginap. Sebelum ke Jakarta tempohari, ramai jugak kawan-kawan kirim barang. Tapi kalau kirim ngan air liur… dapat air liur je la hehehe. Hari ni aku cuba dapatkan apa yang korang nak. Tapi keutamaan aku adalah ole-ole untuk isteri dan anak-anak aku dulu ye kawan. Kalau ada rezeki baru korang punya plak. Maklum la budget shopping pon ciput je… tu pon aku terpaksa ikat perut ngan ‘Meal Allowance’ yang kompeni bagi, semata-mata nak beli dan shopping ole-ole yang akan di bawa balik ke Malaysia nanti huhuhu…
Seawal jam 6 pagi waktu Jakarta aku dah bangun. Waktu disini lewat sejam ngan waktu di Kuala Lumpur. Selesaikan dulu kewajipan yang wajib solat subuh, mandi dan sebagainya. Dari tingkap bilik hotel, aku perhatikan traffic hari ni tidak se “macet” hari biasa. Traffic sungguh lancar sekali. Memang kalau hari pertengahan minggu di Kota Jakarta ini, traffic nya sungguh sesak. Bayangkan lah setiap pagi kami ke PT Bakrie yang jaraknya dari Nikko Hotel hanya 35 km tapi mengambil masa perjalanan 2 jam. Supir dari PT Bakrie yang mengambil kami di hotel bilang, “Orang di Kota Jakarta ini tuanya hanya di jalanraya…” huhuhu.
Selesai sarapan di hotel, kami merancang untuk ronda Kota Jakarta hari ni. Destinasi pertama yang kami tuju adalah Tanah Abang. Jarak Tanah Abang dari Hotel Nikko adalah lebih kurang 3 Km sahaja. Walaupon dekat tapi kitorang ambik teksi sebab kitorang tak tau jalan hehehe. Tambang teksi dari Nikko Hotel ke Tanah Abang hanya lah 12,000 Rupiah. Mahal gak? tak la mahal kot lebih kurang RM6 duit Malaysia.
Kat Pasar Tanah Abang ni adalah tempat jual pakaian dan fabrik yang memang besar giler. Kalau orang pompuan pergi sini memang gila la… Apa taknya, ada macam-macam kain, tudung, baju.. yang harganya sangat murah dan cantik-cantik. Kebanyakkan orang yang beli kat sini, diorang beli secara pukal dan berkodi-kodi untuk dijual semula di tempat masing-masing. Aku ingat pon nak borong gak, tapi budget yang ada ciput je… terpaksa la lupakan hajat. Kat sini dapat la aku beli 3 pasang kain baju kurung dan sepasang kain kebaya untuk isteri aku. Untuk aku??? Untuk aku memang takde la sebab takkan aku nak pakai baju kurung kot… hahaha. Bagi sesiapa yang nak shopping kat sini nanti, pastikan budget korang cukup… Kalau boleh pergi sini pagi-pagi dalam kul 10. Pastu pergi sini biar berdua dan jangan berseorangan, bahaya! Kalau pompuan biar ada orang lelaki yang teman. Kalau beli barang tu pastikan tawar harga rendah. Penjual kat sini kalau dia tau kita ‘orang luar’… diorang akan naikkan harga. Pastikan jugak kalau nak ke sini naik teksi Bluebird. Kalau naik teksi lain takut kena tipu bila driver teksi tu tau kita orang Malaysia, sebab dia ingat orang Malaysia ni kaya-kaya… banyak duit so dia pon charge la lebih. Lain la kalau korang memang kaya hahaha…
Selesai shopping kat Tanah Abang, kitorang gerak plak pergi ke Thamrin City dangan menyewa Tut Tut yang tambangnya lebih kurang 10,000 Rupiah. Kat Thamrin City ni macam kat Tanah Abang gak. Cuma kat sini lebih spesifik jual pakaian batik. Sememangnya Indonesia terkenal dengan batiknya kan. Keadaan di sini tak sesesak dan sepadat seperti di Tanah Abang. Takde apa yang aku nak beli kat sini sebab barangan nya lebih kurang sama kat Tanah Abang. Kami disini hanya sehingga jam 3 petang. Perut pon dah terasa lapar sebab belum makan tengahari lagi.
Kami terus sahaja ke Restoran Nasi Padang Sederhana yang berdekatan dengan Thamrin City untuk menikmati makan tengahari. Rasanya Restoran ini ada cawangan nya di Kuala Lumpur… kalau tak silap aku la. Makanan kat sini hanya hidangan Nasi Padang dan memang sedap terutamanya “Ayam Pop”. Kalau tak sedap… camna aku boleh habis nasi semangkuk tu. Hehehehe….
Perut pon dah kekenyangan… badan pon dah penat rasanya, mata plak macam dah berat je. Masing-masing dah jadi malas nak round Jakarta ni. Kitorang ambik keputusan balik ke hotel je untuk berehat. Mungkin malam nanti kitorang keluar balik nak tinjau plak Jakarta Night Life. Kat Plaza Indonesia yang berhadapan hotel kami menginap pon tak habis tinjau lagi. Tengok la malam ni camna plak…
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah… walaupun masih merangkak dalam dunia blogging dan internet ni, akhirnya dapat juga aku mempunyai blog yang menggunakan domain sendiri walaupun belum complete sepenuhnya. Blog ini aku hasilkan bukan untuk menyaingi sesiapa tapi tujuan aku adalah untuk belajar dan berkongsi apa juga ilmu internet dengan sesiapa saja yang sudi.
Kat sini jugak aku nak berblogging ikut cara dan suka hati aku, sebab ini blog aku yang punya. Domain dan webhosting… aku yang bayar. Ada aku kisah? hahahaha…. (nada gurau).
Harapan aku… semoga ada insan di luar sana yang sudi membimbing, menegur serta menunjuk ajar apa jua ilmu yang berkaitan dalam dunia blogging dan internet. Maklum la.. aku baru belajar menceburi dunia internet ini. Ilmu yang aku pelajari setakat ini adalah dari hasil pembacaan dan “try and error”.
Untuk mukadimah kali ni aku takde idea nak tulis panjang-panjang. Cukup la dengan ayat bangga “Yeah!!! Aku dah ada blog sendiri”
Jumpa lagi. Wassalam.
















