Seronoknya Puasa Ramadhan…

August 31st, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik… dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Seluar Jeans Levi’s aku yang pinggangnya bersaiz 33, dah rasa longgar bila aku pakai hehehe…. kalau orang lain tengok dari segi mata kasar, fizikal aku macam takde perubahan. Tapi korang kena percaya dan terima hakikat, puasa telah membuatkan pinggang aku sedikit mengecil. Tak banyak pun takpe. Bak kata pepatah “Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit”. Semasa bulan biasa iaitu bukan bulan Ramadhan, aku pernah cuba untuk berdiet bagi mengurangkan lemak-lemak tepu terutama dibahagian pinggang tapi tak berjaya. Alhamdulillah… dalam bulan Ramadhan ni ada sikit perubahan walaupun waktu buka aku melantak tak ingat hehehe…

Sebenarnya ini adalah antara kelebihan berpuasa. Selain menjalankan perintah agama, puasa adalah cara menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Bagi mencapai tujuan itu, (more…)

Share

Semangat Yang Hilang

August 25th, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in eBay, Motivasi

Semangat aku untuk bereBay datang kembali setelah 5 bulan akaun eBay aku yang ke 4 di Suspended selama satu tahun gara-gara melanggar polisi eBay, menyebabkan punca pendapatan part time aku ni terjejas huhuhu… Semangat nak buat eBay balik ni, datang setelah membaca blog-blog para usahawan eBay. Cerita-cerita dan komen dari pengunjung blog mereka lah yang membakar kembali semangat aku.

Sebenarnya, untuk berniaga di eBay memerlukan semangat yang kental dan hati mau kering. Walaupun dah 2 tahun aku terjebak dalam bisnes eBay ni… kadang-kadang semangat mudah jadi luntur dek kerenah buyer yang mintak refund, open dispute case dan macam-macam lagi. Kekadang tu sebagai manusia biasa tahap kesabaran kita ada hadnya dan tentunya aku mudah jadi tension.

Setelah akaun eBay aku yang ke 4 ni kena suspend… aku ambik keputusan untuk berehat seketika. Bukan aku merajuk dengan eBay. Tapi aku nak bertenang dulu dan mengumpul kekuatan semula dengan membuat research, menambah ilmu eBay, mencari produk dan dropshipper yang terbaik dari ladang. Strategi untuk menjadi eBayer tegar juga sudah dirangka dengan mendapatkan nasihat dan tips dari Sifu-Sifu eBay aku.

Cuma lepas ni, aku mengharapkan sokongan dan dokongan dari isteri tersayang, rakan-rakan eBayer yang lain dan Sifu-Sifu dalam mengharungi bisnes eBay ni. Tanpa korang semua semangat aku akan mudah patah. Aku takkan stop ber eBay sebab aku pernah rasa manisnya eBay. Ruang dan peluang masih banyak lagi terbentang kat depan. Tunggulah penangan akaun eBay yang baru. Akaun memang dah ready, tunggu masa nak release je. Bila dah betul-betul matang, semua akan aku balun, aku tak kira VeRO atau tidak. Hahaha… Jahatnya.

Korang doa-doakanlah akaun aku kali ini selamat dengan sejahtera dan mampu untuk buat duit untuk aku demi menyara keluarga tercinta huhuhu… Aku yakin… Aku Boleh!!

P/S: 10 pintu rezeki, 9 darinya dengan berniaga. eBay pun berniaga gak!

Share

Bisnes eBay Tanpa Modal

August 24th, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in eBay, PayPal, Perniagaan Internet

Korang nak tau tak… masa aku mula-mula buat duit dengan  bisnes eBay kira-kira 2 tahun lepas, aku tak perlu keluarkan modal sesen pun. Caya tak? Masa tu, kebanyakkan buyer atau customer yang beli barang aku adalah dari US, Canada dan UK. Mesti korang tak cayakan. Ialah… mana ada buat bisnes tanpa modal kan. Sebenarnya aku hanya keluarkan modal sebanyak RM25 untuk buat Debit Card Visa Electron Public Bank dan RM80 untuk beli eBook “Panduan & Teknik Rahsia eBay” Sifu Lan. Dengan 2 benda ni je la aku start buat bisnes eBay pada penghujung tahun 2008.

Tujuan aku tulis post kali ni bukan nak buat review mengenai ebook “Panduan & Teknik Rahsia eBay” Sifu Lan ni. Tapi sekadar berkongsi (more…)

Share

Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

August 22nd, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi

Pasti ramai tertanya tanya mana lagi seronok samada kerja makan gaji atau kerja sendiri. Kalau kita buat survey, mesti ramai yang pilih nak kerja sendiri. Bagi aku, aku nak buat kedua-duanya sekali buat masa ni. Aku paling benci ngan orang yang tanya “Sampai bila ko nak kerja makan gaji?” Lagi-lagi kalau pertanyaan tu datang dari orang yang buat MLM huhuhu…

Kenapa aku masih bekerja makan gaji? Ada beberapa sebab yang membuatkan aku masih “tertarik” kerja makan gaji ni. Antaranya…:-

  1. Company yang gajikan aku teguh dan kukuh… (Sapa tak kenal Tan Sri Shamsuddin Abd. Kadir)
  2. Gaji bulanan yang tetap di bayar setiap 24hb… hehehe
  3. Kenaikan gaji tahunan – Yang ni kena ikut perfomance dan ikut kepandaian bodek boss.
  4. Bonus tahunan – Yang ni pun sama seperti no. 3.
  5. Elaun kerja luar – Tak la banyak… tapi alhamdulillah.
  6. Elaun kerja lebih masa – Jarang aku buat melainkan kalau terpaksa.
  7. Elaun Perbatuan (Mileage Claim).
  8. Caruman KWSP dari majikan sebanyak 12% dari basic salary.
  9. Kemudahan perubatan PERCUMA di Klinik Swasta dan Hospital – Cover untuk diri , isteri, anak, mak dan ayah.
  10. Perlindungan Insuran Takaful PERCUMA.
  11. Peluang Menunaikan Umrah dan Melancong ke Luar Negara (Outstation la ni)
  12. Cuti tahunan dan Cuti Sakit berbayar – Masa cuti pun gaji tetap jalan.

Untuk korang yang rasa nak kerja makan gaji ataupun yang sedang cari kerja… pastikan korang boleh dapat kemudahan atau benefit seperti di atas sekurang-kurangnya. Walaupun begitu, kerja makan gaji ni banyak karenah yang terpaksa kita hadapi terutamanya dengan pihak atasan. Bila ada kenaikan gaji atau bonus, pasti ada yang rasa tak puas hati atau sebaliknya.

Satu je ayat yang aku nak bagitau kat sini bagi yang makan gaji… Jangan mengharapkan increment atau bonus setahun sekali yang belum tentu dari company… Kat luar tu kita boleh dapat bonus tiap bulan kalau tahu caranya tanpa kita berhenti kerja.

Share

Ye.. Ye.. Abang Balik.. Abang Balik..

August 15th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Tazkirah

Dah 5 hari kita berpuasa. Hari Raya Aidilfitri lambat lagi. Tapi saja la aku nak share Video Ustaz Azhar Idrus ni ngan korang. Korang kena tengok Video ni sampai habis, baru la korang akan faham ngan tajuk post ni hehehehe…. Kita sama-sama ambil ikhtibar dan pengajaran apa yang Ustaz Azhar sampaikan. Semoga kita jadi manusia yang lebih beriman dan bertaqwa.

Share

Kenapa Aku Pilih eBay?

August 15th, 2010 by aRyLL | 4 Comments | Filed in eBay

Sebenarnya banyak jalan atau cara untuk kita menjana pendapatan di internet. Aku sendiri dah cuba bermacam-macam Online Business ni. Ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya. Tapi sekarang ni aku lebih fokus kat eBay. Aku lebih suka buat bisnes eBay. Dah hampir 2 tahun aku buat bisnes eBay ni. Antara sebab aku suka buat eBay ni ialah pendapatan yang hampir konsisten setiap bulan. Walau pun tak bergelar Jutawan… tapi aku puas hati dengan bisnes di eBay ni. Takat income macam Manager Kilang tempat aku keje tu senang-senang je nak dapat dengan eBay ni hehehe….

Kenangan bersama Mas Dino

Tiada jalan senang untuk jadi senang. Untuk dapatkan ilmu eBay ni, aku banyak korbankan wang ringgit, masa bersama isteri dan anak-anak tercinta dan tidur sentiasa tak cukup. Namun semua pengorbanan itu sebenarnya tak lama. Cuma masa mula-mula nak kenal ngan eBay je. Alhamdulillah… pengorbanan semua tu kini berbaloi-baloi. Dan kenangan paling best sepanjang aku buat eBay ni ialah mengajar dan membantu beberapa orang kawan buat duit dengan eBay secara percuma. Aku belajar eBay ni pun dengan beberapa orang Sifu. Antaranya Mas Dino, Noorizam Shah dan Khairul Azlan a.k.a Sifu Lan. Memang tak rugi belajar ngan diorang ni.

Sesi Personal Coaching eBay Bersama Saudara Noorizam Shah

Kepada korang yang tengah pikir-pikir atau baru nak berjinak-jinak buat Online Business ni… aku cadangkan korang try la buat eBay ni. Kenapa aku beria ia promote korang supaya buat business eBay ni? Padahal aku bukan dapat komisyen dari eBay pun. Kenapa eBay? eBay merupakan salah satu pasar raya online terbesar dunia. Segala urusan  jual beli boleh dijalankan secara auto pilot dan kedai aku boleh dibuka 24 sehari, 7 hari seminggu dan tidak ditutup selama 365 hari setahun! Potensi perniagaan di eBay amatlah luas kerana pelbagai barang diniagakan dan pelanggan berjuta-juta orang setiap hari.

Bersama Sifu Lan dalam salah satu Program Buat Duit Online

Untuk melakukan pemantauan dan penyenaraian barangan, tak perlu ambil masa yang lama. Aku cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk aku kat eBay. “Kedai” aku plak sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!

Tidak kira sama ada aku berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan aku kat eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari. Dengan berniaga di eBay, aku tak perlu menggajikan sesiapa. Aku lah kuli dan aku lah boss! Aku dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ aku. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.

Aku bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay aku hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, aku boleh senaraikan secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.

Malah dengan eBay jugalah aku dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web aku. Jadi aku boleh jimatkan kos promosi. Sebab aku tau eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa kita tak rebut je peluang ni?

Jadi, kalau korang nak berjaya dengan eBay, kenalah menuntut ilmu. Aku pun masih dalam proses belajar lagi ni.. Jom kita sama-sama belajar.

Share

Kenapa Peniaga Online Pilih PayPal?

August 14th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in PayPal, Perniagaan Internet

Kalau korang serius nak buat duit secara online, korang perlu ada akaun PayPal. Mempunyai akaun PayPal sudah menjadi kemestian bagi setiap Usahawan Internet. Ini adalah kerana PayPal merupakan satu sistem memproses bayaran secara online (Online Payment Processor) dimana ia membenarkan seseorang menghantar atau mengirim duit mereka yang terdapat di dalam kad kredit, kad debit atau akaun bank mereka sendiri, kepada orang lain menerusi email dengan selamat, cepat serta mudah.

Untuk  buat korang lebih faham, aku bagi satu contoh :-

“Ada dua orang sahabat maya. Sorang tu namanya Abon dari Banting, Selangor Malaysia dan sorang lagi namanya John dari Texas, USA. Mereka berdua merupakan 2 orang sahabat yang sangat2 baik kekadang nakal dalam dunia online. Si John ni… berminat sangat nak beli tempe iaitu produk yang sangat hot kat website Abon. So, si Abon ni suruh si John buat bayaran dulu kalau betul dia berminat nak beli tempe tu. Macamana John nak buat pembayaran? Sedangkan beliau takde akaun CIMB atau Maybank? Cara yang sangat mudah dan pantas adalah dengan kedua-duanya mempunyai akaun PayPal.”

Apa bestnya mempunyai akaun PayPal ni? Wei… banyak kelebihanya tau. Antaranya ialah :-

1) Kita boleh terima bayaran dari seluruh dunia – Korang tak dapat kelebihan ni kalau korang guna akaun bank tempatan. Akibatnya korang akan hilang pelanggan dari oversea yang berpotensi.

2) Caj fee yang rendah – Tiada setup fee, annual fee atau monthly fee seperti mana perkhidmatan lain. Kat Paypal ni, caj akan di kenakan bila kita terima bayaran dan keluarkan fund ke akaun bank.

3) Pantas digunakan – Untuk membuka akaun PayPal.. korang hanya perlukan beberapa minit sahaja. Tak perlukan recommendation letter atau surat sokongan dari Ketua Kampung hehehe… Yang uniknya akaun PayPal ni takde nombor akaun. Nombor akaun PayPal adalah alamat email kita… iaitu alamat email yang kita guna masa “Sign Up”.

4) Kredibiliti – Setakat ni PayPal merupakan Online Payment Processor yang terbaik di dunia. Ini di akui oleh kebanyakkan Usahawan Internet. Pembeli di negara barat lebih yakin dengan PayPal kerana ianya selamat.

5) Boleh berniaga di eBay – Untuk berniaga di eBay… mempunyai akaun PayPal adalah syarat wajib. Ini adalah kerana PayPal kepunyaan eBay.

Aku sangat mengesyorkan bagi korang yang belum ada akaun PayPal… bukak la segera akaun PayPal. Mana lah tau tetiba ada orang dari Amerika ke, UK ke nak bagi korang duit, senang la diorang nak transfer duit kat korang hehehehe…

Insya allah post akan datang aku cite plak… “Bagaimana Membuka Akaun PayPal”.  Wassalam

Share

Oh… Ramadhan

August 10th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Tazkirah

Esok bermulanya  1 Ramadhan… bulan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita sebelum kita dipanggil mengadap Allah Yang MAha Esa. Sedarkah kita selama ini ramai sahabat handai dan ahli keluarga yang pada Ramadhan yang lepas ada bersama-sama kita. Tapi Ramadhan kali ini mereka sudah pergi mengadap Illahi. Bilakah giliran kita pula agaknya?

Ramadhan, bulan yang mulia. Bulan segala bulan dalam takwim Islam. Bulan yang sarat dengan seribu pengertian. Bulan perjuangan dalam Islam; pernah berlaku Perang Badar dalam bulan Ramadan. Bulan yang memberi kekuatan mental, jiwa dan fizikal kepada diri orang Islam.

Secara fizikal, diri menahan lapar, dahaga dan segala perlakuan yang membatalkan puasa, diri pastinya lemah. Namun, di sebalik itu, mengalir kekuatan luar biasa, dan hikmah lain yang tidak kelihatan pada mata kasar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Justeru, berpuasa yang termaktub sebagai rukun keempat; Rukun Islam, atas perintah-Nya. Sebagai hamba-Nya, kita patuh dan ikut perintah-Nya.

Bulan puasa bukanlah bulan untuk kita mengurangkan aktiviti rutin sebagai hamba-Nya. Kerja rutin berjalan seperti biasa; misalnya sebagai pelajar terus mentelaah pelajaran, ke kuliah, menyiapkan tugasan, dan berinteraksi sesama kawan. Namun, ada aktiviti yang diutamakan iaitu mentelaah kitab Allah, bersolat terawih, berzikir, dan bertadarus al-Quran. Aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal yang agresif atau berat, biasanya dikurangkan pada siang hari.

Berpuasa terasa lebih semangat untuk bekerja dengan tekun. Aktiviti yang dapat mengurangkan pahala berpuasa biasanya dikurangkan. Berpuasa bermakna diri berpuasa segala-galanya; berpuasa hati, mata, telinga, kaki, hidung, mulut, dan tangan. Diri pula menyampaikan khabar berita yang baik dan murni. Berpuasa demi pahala dan keberkatan diri yang dijanjikan Allah, serta membawa diri ke syurga.

Namun, di sebalik hal-hal kebaikan dan hikmah berpuasa, ada kontradiksi manusia yang berpuasa. Kita lihat ketika Ramadhan, gerai menjual makanan tumbuh bagai cendawan. Juadah makanan pula, tak terkira. Semuanya menarik nafsu untuk memakan dan membelinya. Begitu juga di restoran dan di hotel, bufet Ramadan disediakan dengan harga yang tinggi. Terfikir kita, setakat manalah sangat perut boleh diisi dengan makanan dan minuman itu? Tambahan pula perut yang kosong dalam tempoh 8 jam. Bila pekena air seteguk, hilanglah kehausan dan nafsu makan pun terhenti. Maka, apa lagi yang boleh diisi dalam perut, dan dinikmati rasa di kerongkong? Maka yang dibeli banyak-banyak untuk disantap ketika berbuka, tidak termakan. Membazir

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Amin…

Share

Jaga Solat dan Muhasabah Diri

August 6th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Tazkirah

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

1. Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).Rahsia khusyuk solat

2. Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

3. Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

4. Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

5. Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

6. Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Share

Berita Gempar!!

August 3rd, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Perniagaan Internet

2 Ogos 2010 – Satu kejadian rompakan di Stesyen Minyak Shell Seksyen 7, Bandar Baru Bangi telah berlaku. Rompakan tersebut telah berjaya dipatahkan oleh sepasukan Polis. Seorang saksi kejadian berjaya merakamkan detik-detik cemas kejadian tersebut. Mari kita saksikan nya:-

Related Posts with Thumbnails
Share