Pernahkah kita terpikir untuk mempunyai Passive Income? Tapi tahukah kita bagaimana nak menjana Passive Income? Rata-rata rakyat Malaysia hanya mempunyai pandapatan Active Income sahaja. Pendapatan yang kita perolehi dari jerit perih usaha kita ini dipanggil Active Income. Dalam bahasa yang mudah, active income adalah sama dengan pendapatan hasil daripada kita menjual masa kita.
Sebagai contoh :- Seorang Engineer bekerja dengan gaji RM 25/jam. Dalam masa 7 jam, Engineer tersebut akan dapat RM 175.00 setiap hari dan RM 1470 seminggu (5 hari) dan RM 3500.00. Wang ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Wang ini dipanggil Active Income. Kita menjual masa kita untuk mendapatkan wang sebanyak ini. Pendapatan aktif tidak kekal lama kerana sekiranya kita jatuh sakit, pencen, berhenti kerja dan ditimpa musibah pendapatan ini juga akan terhenti.
Pasive Income pulak adalah pendapatan yang kita perolehi apabila kita goyang kaki, makan angin ke luar negeri dan tidur… duit akan tetap masuk ke dalam poket atau akaun bank. Pasive Income adalah definisi kekayaan yang sebenarnya. Kaya di dalam maksud mudahnya adalah tempoh berapa lama kita boleh hidup tanpa pendapatan aktif sekiranya suatu hari nanti kita tak dapat bekerja… 1 tahun? 2 tahun? atau 20 tahun?
Ya! Untuk menjadi kaya kita perlu ada “Passive Income” iaitu suatu sumber pendapatan yang mampu memberikan kita wang secara berterusan hasil daripada kita melakukan sesuatu perkara itu sekali sahaja, tanpa perlu kita meluangkan masa dan usaha yang terlalu banyak untuk perkara tersebut. Contoh yang paling mudah :
# Penulis – mereka menulis buku sekali sahaja, kemudian, setiap kali buku mereka terjual, mereka akan mendapat wang royalti.
# Penyanyi / Komposer – mereka merakamkan atau menerbitkan album sekali sahaja, kemudian, setiap kali album tersebut terjual, mereka akan dapat wang royalti.
# Tuan Rumah – mereka ini melakukan urusan pembelian rumah dan mencari penyewa sekali sahaja, kemudian,setiap bulan mereka akan mendapat wang sewa dari penyewa.
# Berurus niaga saham secara pasaran terbuka, atau melalui saham amanah yang membawa pulangan setiap tahun secara dividen ataupun melalui capital appreciation.
# Agen Unit Trust / Insuran – Mereka menjual produk kewangan dan insuran dan hasil jualan tersebut mereka akan memperolehi komisyen, imbuhan dan bonus dari company yang mereka join.
# Mempunyai asset perniagaan yang menjana wang setiap hari walaupun tanpa datang bekerja.
# Melalui pelaburan-pelaburan lain seperti bon, deposit tetap dan sebagainya.
Ini adalah antara pendapatan yang boleh menjana wang ketika kita tidur dan goyang kaki. Di samping itu, adalah sangat penting untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti Doodads. Membeli barangan, atau pelaburan untuk sesuatu yang susut nilai atau “depreciative” adalah sesuatu yang sepatutnya dikurangkan.
Dah ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang mempunyai passive income…. Rumah banglo dan kondo je ada 3, 4 bijik… Akaun ASB pulak full… Saham lagi… ishkkkk kaya betul la diorang tu. Tapi aku?? Haaahhhh…. Ingat aku ni tak boleh jadi cam diorang ke? Aku mesti usaha untuk dapatkan Passive Income tu… Aku tak nak kerja teruk-teruk sehingga umur aku 55 tahun dan sepatutnya lepas umur 55 tahun aku tak perlu bekerja lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Paling menakutkan ialah menjadi miskin ketika umur aku 56 tahun!! Ishhhkkkk… Nauzubillah.
Aku pernah dengar pepatah mengatakan “Kalau anda orang KAYA, anda boleh goyang kaki… Tapi kalau anda nak KAYA, anda TAK boleh goyang kaki “. Fikir-fikirkan lah….






