Lesen memandu korang dah tamat tempoh?? Malas nak ke Pejabat POS?? Sekarang dunia semakin canggih… semuanya boleh dibuat hanya dihujung jari je. Korang boleh renew driving license secara online. Tak perlu beratur panjang dan habiskan masa kat JPJ atau Pejabat POS tu lagi sekarang ni. Perkhidmatan ini diperkenalkan oleh sebuah syarikat perkhidmatan elektronik, MyEG Services Berhad, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan semakan status saman trafik untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai permulaan, kaedah bayaran yang digunakan adalah menerusi kad kredit. Tidak lama lagi, kita akan mula gunakan kaedah e-debit bagi memudahkan sistem ini digunakan. Tapi kalau korang tak nak guna kad kredit… korang boleh buka akaun prabayar dengan My EG Services Berhad. Sila pindah turun borang permohonan DI SINI dan faks ke 03-7801 1788. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-7801 1688.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini sila layari laman web www.myeg.com.my dan slip permohonan memperbaharui lesen akan dihantar terus ke alamat rumah atau pejabat korang nanti.
< Klik Sini Untuk Perbaharui Lesen Memandu>







