Petang semalam sewaktu aku tengah drive balik dari PROTON, Shah Alam terima satu SMS dari CELCOM berbunyi begini…
“Makluman: Penggunaan anda setakat 150710 berjumlah RM450.69 mencecah 91% – 99% had kredit. Sila bayar segera kerana talian mungkin akan disekat. Info bill, dail *119#”.
Terkejut beruk aku dibuatnya. Padahal baru 3 minggu lepas aku bayar semua jumlah bil CELCOM handphone aku tu. Siap aku bayar advance RM10 lagi…
Minggu lepas memang aku ke Jakarta selama 5 hari tapi sepanjang aku kat sana, rasanya hanya 3 kali sahaja aku buat call ke Malaysia. Itupun tak la lama dan tak sampai pon 10 minit… takkan boleh cecah bil sampai RM450. Kebiasaan bil CELCOM bulanan aku dalam lingkungan RM60 ~ RM80 sahaja. Rasa cam ada yang tak kena je..
Sampai rumah aku tengok ada bil Celcom dah sampai atas meja… Cam tau tau je CELCOM ni aku tengah hangin satu badan. Aku pun belek-belek setiap helai detail bil yang diterima bertarikh 08/07/2010. Kat sini aku ringkaskan caj penggunaan yang CELCOM kenakan : -
- Caj Panggilan Nasional dan Domestik – RM34.28
- Caj SMS Tempatan – Hantar – RM4.74
- Caj SMS Muat Turun – Hantar – RM0.15
- Caj SMS Muat Turun – Terima – RM150.50
- Caj Penggunaan Data 3G – RM28.10
Nampak tak… penyumbang caj paling banyak adalah Caj SMS Muat Turun – Terima – RM150.50. Entah bila masa aku terima SMS Muat Turun dari nombor 37900 MEXCOMM.. tu pun aku tak tau. Huh!! bukan nya sikit SMS tu.. banyak beb. Setiap SMS caj nya RM4.00… fuhh! giler betul. Ni dah kira kes aniaya ni.
Kat bawah ni aku kasi upload gambar bil caj yang aku kena untuk tatapan korang hehehe…
Kalau korang kena camni, apa tindakan yang korang akan buat? Nasihat aku, kalau korang rasa tak bersalah… Ada beberapa tindakan yang korang harus buat.
- Jangan buat report ke Balai Bomba.. tapi buat lah report ke Balai Polis yang berdekatan.
- Adukan masalah kepada Telco Center utk block nombor shortcode contoh : 37900 (CELCOM, MAXIS atau DiGi)
- Korang boleh unsubscribe nombor SMS tersebut dengan cara Taip SMS : STOP<jarak>ALL hantar ke 37900. Tak lama nanti korang akan dapat balasan SMS seperti ini… “RM0.00 Your subscription to all services been terminated. Thank you for your patronage”.
Semoga apa yang aku paparkan kali ni menjadi pengajaran buat semua. Adios!!
No related posts.








Salam, saya baru je terkena. Dah 3 bulan jadik tp sabar lagi. Asal topup RM30 2 mgg habes. Cek ngan CELCOM rupenya si 37900 ni la punye keje. Makan rm4 satu hari. Ntah bile subscribe dia ntah. Akhirnya berjaya stopkan.
Lepas ni kena la berhati-hati
aRyLL,
thanks so much..
teramat2 berguna dan saya btol2 berterima kasih.
Terkejut tengok bill utk MexComm RM4/SMS..sehari 2,3 x dapat sms..
bil terbaru total External provider nih sajer RM180..
pening jap pikir dari mana datangnya..
Skang saya dah buat spt yg aryll bgtau di atas.
Thanks yaa..
maybe ramai lagi yg kat luar sana yg terkena n tatau cemana
caranya utk stopkan mangkuk hayun ni.
Thanks again.
Welcome.. welcome..
Memang dah ramai pon yg jadi mangsa… termasuk la kitakan hehehe… Senang-senang je diorang nak sedut duit kita tanpa kita rela. So lepas ni kena la hati-hati utk subscribe SMS Short code macam 37900 ke atau seumpamanya. Sekali dah subscribe… sendiri mau ingat la lepas tu.
Terima kasih banyak2 kepada anda yang sudi lawat blog aku yg tak seberapa ni. Jemput la datang lagi… tu pon kalau sudi