Cara Mudah Top Up PayPal

Salam buat semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih juga atas sokongan dan komen-komen yang kalian berikan selama ini. Semoga di tahun 2011 ini akan memberi lebih banyak kejayaan kepada kita dalam usaha menambah pendapatan melalui “Online Business”.

Untuk post kali ini aku nak kongsi dengan korang, cara mudah untuk top up fund ke dalam akaun PayPal. Sekiranya korang merupakan seorang yang rajin membeli-belah secara online dan mempunyai akaun PayPal tapi tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk membeli-belah, sudah tentu ini akan membantutkan nafsu korang untuk membeli-belah kan… hehehe. Jangan khuatir, ada beberapa cara untuk meneruskan nafsu membeli-belah korang itu. Berikut aku perturunkan cara dan kaedah untuk kita menambah fund ke dalam akaun PayPal :-

1) Beli fund PayPal dari orang lain – Katakan korang memerlukan fund PayPal sebanyak USD100, korang boleh dapatkan dan belinya dari mereka yang mempunyai baki fund PayPal yang banyak, mengikut nilai pertukaran matawang semasa (USD100=RM310). Korang perlu berunding dengan si penjual untuk mendapatkan harga terbaik. Setelah masing-masing bersetuju dengan harga yang ditetapkan, korang perlu membayar RM310 kepada si penjual megikut cara yang telah dipersetujui. Si penjual akan meminta email akaun PayPal korang untuk memindahkan USD100 tersebut. Untuk mendapatkan senarai penjual fund PayPal ini… korang boleh lah jenguk-jenguk kat forum WangCyber.

2) Tambah wang ke dalam Debit Card – Sekiranya korang nak beli barang yang harga USD100 menggunakan PayPal, korang hanya perlu depositkan RM310 kedalam akaun bank Debit Card korang tu. Kalau guna Credit Card tak perlu nak depositkan duit ke dalam akaun bank korang. Lain lah kalau Credit Card korang tu dah kena block… memang tak leh guna hehehe.

3) Top up fund PayPal dari akaun bank RHB – 2 cara yang di atas tadi adalah cara lama. Cara yang no. 3 ni adalah yang terbaru dipasaran… hehehe. Sekiranya korang mempunyai akaun simpanan atau semasa RHB, korang boleh top up fund PayPal dengan lebih mudah. Dengan syarat korang kena register dulu Online Banking RHB. Bukan takat boleh top up PayPal korang je… malahan boleh top up PayPal sedara mara, kawan atau sapa saja yang memerlukan dari akaun RHB korang. Kalau nak send duit pakai PayPal ni, korang hanya perlu pakai email address je. Katakan nak send dekat sedara mara atau adik beradik korang yang kat luar negara atau dalam negara (sebagai duit internet utk beli barang online atau utk cashout), korang just perlu mintak alamat email diorang tu (pastikan diorang pun ada akaun PayPal la..), dan login ke RHB bank online & buat transaksi hantar duit melalui online sahaja (pilih hantar duit melalui PayPal menu).

  • Kalau korang nak top up akaun PayPal pulak, korang login RHB Online Banking dan pergi ke bahagian Prepaid service, pilih top up akaun PayPal . Mudah kan… Tapi pastikan korang dah ada akaun bank RHB dulu baru boleh nak pakai semua kemudahan ni. Bagi yang belum pernah cuba membeli barang dari website online,  dengan adanya kemudahan ni, korang tak perlu risau lagi, sekarang korang boleh order atau beli barang walaupun dari laman kedai online di luar dari Malaysia.

Seminggu yang lepas aku ada bukak akaun bank RHB dan mohon My Cash-i Debit Card di RHB Islamic Bank cawangan Bandar Baru Bangi. Untuk bukak dan dapatkan debit card ini, deposit sebanyak RM100 di perlukan. Korang boleh pilih sama ada nak ada buku akaun atau tak. Tapi masa bukak akaun ni aku pilih nak ada buku sebab memudahkan aku untuk update akaun di kemudian hari. Kad boleh dapat masa tu jugak… tak perlu tunggu lama. Maka dengan ini bertambahlah koleksi Debit Card aku hehehehe…

RHB Debit Card My Cash-i

Diharap infomasi aku ini dapat membantu korang dan menambah satu lagi ilmu di dada. Praktikkan ilmu berkenaan dengan sebaik mungkin.

Jika korang suka dengan infomasi-infomasi yang aku kongsikan ini, hebah-hebahkan kewujudan blog ini kepada sedara mara, adik -beradik atau kawan-kawan korang. Dan jangan lupa klik button “Like” Facebook yang ada kat atas dan bawah post ini. Semoga kita semua mendapat kebaikan dari perkongsian ini.

Jumpa lagi.

Related Posts with Thumbnails
Share
This entry was posted in eBay, Kewangan, PayPal, Perniagaan Internet. Bookmark the permalink.

Komen Pembaca


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge