Archive for the ‘ Apa Kes? ’ Category

Semangat Yang Hilang

Semangat aku untuk bereBay datang kembali setelah 5 bulan akaun eBay aku yang ke 4 di Suspended selama satu tahun gara-gara melanggar polisi eBay, menyebabkan punca pendapatan part time aku ni terjejas huhuhu… Semangat nak buat eBay balik ni, datang setelah membaca blog-blog para usahawan eBay. Cerita-cerita dan komen dari pengunjung blog mereka lah yang membakar kembali semangat aku.

Sebenarnya, untuk berniaga di eBay memerlukan semangat yang kental dan hati mau kering. Walaupun dah 2 tahun aku terjebak dalam bisnes eBay ni… kadang-kadang semangat mudah jadi luntur dek kerenah buyer yang mintak refund, open dispute case dan macam-macam lagi. Kekadang tu sebagai manusia biasa tahap kesabaran kita ada hadnya dan tentunya aku mudah jadi tension.

Setelah akaun eBay aku yang ke 4 ni kena suspend… aku ambik keputusan untuk berehat seketika. Bukan aku merajuk dengan eBay. Tapi aku nak bertenang dulu dan mengumpul kekuatan semula dengan membuat research, menambah ilmu eBay, mencari produk dan dropshipper yang terbaik dari ladang. Strategi untuk menjadi eBayer tegar juga sudah dirangka dengan mendapatkan nasihat dan tips dari Sifu-Sifu eBay aku.

Cuma lepas ni, aku mengharapkan sokongan dan dokongan dari isteri tersayang, rakan-rakan eBayer yang lain dan Sifu-Sifu dalam mengharungi bisnes eBay ni. Tanpa korang semua semangat aku akan mudah patah. Aku takkan stop ber eBay sebab aku pernah rasa manisnya eBay. Ruang dan peluang masih banyak lagi terbentang kat depan. Tunggulah penangan akaun eBay yang baru. Akaun memang dah ready, tunggu masa nak release je. Bila dah betul-betul matang, semua akan aku balun, aku tak kira VeRO atau tidak. Hahaha… Jahatnya.

Korang doa-doakanlah akaun aku kali ini selamat dengan sejahtera dan mampu untuk buat duit untuk aku demi menyara keluarga tercinta huhuhu… Aku yakin… Aku Boleh!!

P/S: 10 pintu rezeki, 9 darinya dengan berniaga. eBay pun berniaga gak!

  • Share/Bookmark

Pasir vs Faizal Tahir

Hak Rakyat...

Seminggu dua ni heboh cerita pasal pasir terutamanya di Selangor. Tiba-tiba je pasir jadi popular… lebih popular dari Faizal Tahir pulak. Kalau dulu ada pepatah…  “Menabur pasir ke periuk nasi orang” bunyi nya macam pasir tu takde harga untuk dimakan.. tapi kini pasir seolah-olah menjadi rebutan bagi mereka yang tahu ‘nilai’ pasir itu. Tetiba ramai yang concern pasal pasir. Agaknya diorang ni nak jadi  hero kepada pasir kot… hehehe.

Heboh cerita satu malaya pasir di Selangor kena curi. Walau pun kita dah lama tahu skandal curi pasir ni dah lama jadi. Yang peliknya si pencuri pasir ni curi pasir secara terang-terangan disiang hari. Boleh pulak si pencuri pasir tu lalu lalang depan orang ramai untuk curi pasir. Dalam kamus dewan mengatakan… “MENCURI ialah mengambil hak orang lain tanpa izin atau tanpa diketahui tuan punya hak”. Tapi dalam kes pasir ni… ini bukan dikira mencuri. Tapi pakah istilah yang patut diberi?

Apa dah jadi dengan negeri ku Selangor… Kenapa pasir kat Selangor je yang diorang kecoh? Hebat sangat ke pasir kat Selangor ni? Kenapa bukan pasir kat Johor? Padahal kat negeri lain pon ada penyangak pasir… Kenapa isu pasir je di kupas sekupasnya? Ini bukan cerita baru.. dah lama dah cerita ni….

Sebenarnya inilah namanya strategi media. Mereka akan kupas kes ini sikit-sikit… ulang banyak kali hingga penontonnya terfikir…. “Oooo… betullah..   memang pencuri pasir ni jahat…  penguatkuasa tak jalankan tugas…  kerajaan negeri yang memerintah gagal…”

Akhirnya bila fikir-fikir… apa motif terselindung disebalik kisah pasir ni…? Hehehehe… POLITIK je sebenarnya…

  • Share/Bookmark

Usia Yang Masih Hingusan

Hari ni genap seminggu usia blog aku. Sebelum ni aku ada beberapa blog yang telah aku jahanamkan. Semoga dengan adanya blog yang baru ni akan menambahkan kerancakkan aku untuk berblogging.

Sebelum ni aku memang aktif mengupdate kisah hidup aku kat Facebook. Oleh kerana aku nak tambahkan alternatife tempat aku mengupdate kisah hidup, maka wujudlah blog ini. Dengan adanya blog ini juga, dapatlah korang berkongsi cerita dengan aku.

Ada orang berblogging untuk buat duit, cari kawan, sebar ilmu dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku buat masa ni biarlah benda tu semua datang dengan sendirinya. Tak perlu tergopoh-gapah. Bak kata orang jawa… “Step by step” hehehe…

Buat masa ni aku tak mementingkan sebarang ‘niche’ dalam blog aku ni. Belasah je apa yang terlintas aku nak tulis. Jadi tak hairanlah kalau blog aku ni tak ada pengikut yang setia. Maklum lah… siapa lah aku huhuhu.

Bagi korang yang rasa nak tinggalkan sebarang komen, kutukan, hinaan atau seangkatan dengannya… aku amat berbesar hati dan mengalu-alukan nya. Semoga dengan benda tu semua dapat memperbaiki cara aku berblogging. Akhir kata… aku tinggalkan pantun dua kerat untuk korang jawab.

“Saya budak baru belajar

Ambil galah tolong jolokkan”

Haaa!! Jawab tau, jangan tak jawab… hehehe. Ok la cukup takat ni dulu, aku nak gi update eBay dan PayPal aku plak lepas ni. Chaw..

  • Share/Bookmark

SMS Terlampau!!

Petang semalam sewaktu aku tengah drive balik dari PROTON, Shah Alam terima satu SMS dari CELCOM berbunyi begini…

“Makluman: Penggunaan anda setakat 150710 berjumlah RM450.69 mencecah 91% – 99% had kredit. Sila bayar segera kerana talian mungkin akan disekat. Info bill, dail *119#”.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Padahal baru 3 minggu lepas aku bayar semua jumlah bil CELCOM handphone aku tu. Siap aku bayar advance RM10 lagi…

Minggu lepas memang aku ke Jakarta selama 5 hari tapi sepanjang aku kat sana, rasanya hanya 3 kali sahaja aku buat call ke Malaysia. Itupun tak la lama dan tak sampai pon 10 minit… takkan boleh cecah bil sampai RM450. Kebiasaan bil CELCOM bulanan aku dalam lingkungan RM60 ~ RM80 sahaja. Rasa cam ada yang tak kena je..

Sampai rumah aku tengok ada bil Celcom dah sampai atas meja… Cam tau tau je CELCOM ni aku tengah hangin satu badan. Aku pun belek-belek setiap helai detail bil yang diterima bertarikh 08/07/2010. Kat sini aku ringkaskan caj penggunaan yang CELCOM kenakan : -

  1. Caj Panggilan Nasional dan Domestik  – RM34.28
  2. Caj SMS Tempatan – Hantar   – RM4.74
  3. Caj SMS Muat Turun – Hantar  – RM0.15
  4. Caj SMS Muat Turun – Terima  – RM150.50
  5. Caj Penggunaan Data 3G   – RM28.10

Nampak tak… penyumbang caj paling banyak adalah Caj SMS Muat Turun – Terima – RM150.50. Entah bila masa aku terima SMS Muat Turun dari nombor 37900 MEXCOMM.. tu pun aku tak tau. Huh!! bukan nya sikit SMS tu.. banyak beb. Setiap SMS caj nya RM4.00… fuhh! giler betul. Ni dah kira kes aniaya ni.

Kat bawah ni aku kasi upload gambar bil caj yang aku kena untuk tatapan korang hehehe…

Kalau korang kena camni, apa tindakan yang korang akan buat? Nasihat aku, kalau korang rasa tak bersalah… Ada beberapa tindakan yang korang harus buat.

  1. Jangan buat report ke Balai Bomba.. tapi buat lah report ke Balai Polis yang berdekatan.
  2. Adukan masalah kepada Telco Center utk block nombor shortcode contoh : 37900 (CELCOM, MAXIS atau DiGi)
  3. Korang boleh unsubscribe nombor SMS tersebut dengan cara Taip SMS : STOP<jarak>ALL hantar ke 37900. Tak lama nanti korang akan dapat balasan SMS seperti ini… “RM0.00 Your subscription to all services been terminated. Thank you for your patronage”.

Semoga apa yang aku paparkan kali ni menjadi pengajaran buat semua. Adios!!

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark