Dah menjadi trend zaman sekarang ni, ramai antara kita yang cuba-cuba berniaga secara online sama ada melalui portal eBay, Amazon dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang berniaga melalui web e-commerce sendiri. Sudah tentu untuk mempunyai web e-commerce shopping cart memerlukan modal yang tinggi. Itu belum termasuk cerita macamana nak tarik tarik trafik ke web e-commerce korang yang memerlukan usaha promosi yang berterusan kan?
Apa kata kita beralih berniaga di Facebook? Jom kita lihat fakta menarik di bawah ini :-
- 1.9 billion pengguna internet.. 586 juta adalah pengguna facebook
- Seramai 93.6 juta orang Asia adalah pengguna facebook
- Pengguna Facebook di Indonesia adalah seramai 32,128,660
- 9,544,960 pengguna facebook adalah daripada Malaysia
- 2,457,150 pengguna facebook adalah daripada Singapura
Peh!! Kalau kita sedar betapa besarnya market Facebook ni kan… Facebook telah menjadi satu fenomena yang luar biasa di abad ini. Ya!! kita harus merebut peluang ini dengan kadar segera sebelum orang lain bertindak.
Kita sudah biasa melihat orang menjual sesuatu di Facebook. Kebanyakan diorang ni mempromosikan produk diorang dengan cara tidak beretika iaitu dengan upload gambar dan pastu ‘tag’ nama semua senarai kawan-kawan huhuhu…. Kalau yang kena ‘tag’ tu kawan-kawan rapat takpe lah gak, tetapi kadang-kala ‘tag’ ni buat aku rasa meluat sungguh.
Cara dan teknik meletakkan gambar sebenarnya agak primitif jika dibandingkan dengan teknik menggunakan shopping cart atau E-Commerce (kedai online) di laman web. Ada gak yang upload gambar, kemudian meletakkan discription di bahagian caption gambar. Kalau ada sesiapa berminat dan nak beli perlulah menghubungi si penjual secara ‘private message’ ke inbox dan rundingan dibuat. Disebabkan trafik facebook ni tinggi, walaupun menggunakan kaedah tersebut, si penjual tetap boleh buat sale. Bayangkan kalau korang ada sistem E-Commerce di laman web korang sendiri. Tentu ianya sesuatu yang menarik dan mampu meningkatkan produktiviti sale korang.
Baru-baru ini Saudara Syed Shazni telah menghasilkan satu ebook “Kedai Facebook”. Sebenarnya ini adalah antara ebook yang aku cari-cari selama ini. Selepas ini Facebook bakal menjadi alternative aku menjana duit secara online selain eBay.
Aku berani jamin, korang pasti berpuas hati dengan kandungan ebook ini. Ianya lengkap menerangkan langkah demi langkah cara-cara menghasilkan Kedai Facebook yang berkualiti. Kalau korang berpuas hati, korang boleh membeli versi penuh yang lengkap dengan pelbagai rahsia lain serta beberapa aplikasi rahsia yang boleh korang gunakan untuk bisnes online korang.
So… kalau korang nak dapatkan rahsia bagaimana nak buat Shopping Cart kat Facebook, korang boleh lah klik kat banner di bawah ini.












