Perutusan Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan

August 27th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan, Motivasi, Tazkirah

Salam buat semua pembaca blog aku ini. Alhamdulillah… pejam celik, pejam celik… masuk hari ke 27 kita berpuasa,  maknanya tinggal 2 @ 3 hari lagi untuk kita menyambut bulan Syawal. Terasa begitu pantas Ramadhan bakal meninggalkan kita. Terus terang aku katakan… aku masih belum puas menikmati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Seawal Ramadhan tempohari, memang aku ada tanamkan niat nak “all out” untuk Solat Tarawikh 20 rakaat dan completekan Tadarus Al-Quran 30 juzuk. Tapi semua itu tak kesampaian apatah lagi nak carik “Malam Kemuliaan” (Lailatul Qadar) (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Percutian di Tanah Tinggi Cameron Highlands

May 31st, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan, Tips

Cuti sekolah baru je bermula. Tentu ramai yang bercadang nak bawak family masing-masing bercuti kan. Tentu korang pun dah ada planning sendiri untuk bercuti bersama keluarga. Sempena cuti sekolah kali ni, aku sempat lah bawak isteri, anak-anak, adik ipar, mak dan bapa mertua aku bercuti ke Cameron Highlands.

Korang tentu dah sedia maklum apa yang ada kat Cameron Highlands… so tak perlu lah aku nak cerita panjang kat post aku kali ni. Cuma kali ni aku nak share beberapa info penting sekiranya korang nak ke sana.

Untuk naik ke Cameron Highlands ni, korang boleh ikut 3 pintu utama. Bagi korang yang bertolak dari (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , ,

Semalam di Korea – Part 2

January 30th, 2011 by aRyLL | 6 Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan

18 January 2011 – Hari ni hari kedua aku di Korea. Seawal jam 8.30 pagi kami dah berada di premis KUKJE Diamond Co. Ltd. untuk opening meeting. Meeting tamat tepat jam 11.00 pagi. Selesai meeting kami di pelawa oleh Mr. President KUKJE untuk gi jalan-jalan. Destinasi yang dipilih ialah Nami Island. Bila sebut Nami Island, aku teringat video clip Mawi untuk lagu Menanti Hikmah. Memang Mawi shooting video clip tu kat sana… Tak sangka, dapat gak aku tengok dan pergi tempat Mawi shooting untuk video clip tu.

Kami bertolak dari Incheon lebih kurang jam 11.30 pagi untuk ke Gapyeong-Gun di mana terletaknya jeti untuk ke Nami Island. Jarak perjalanan ke sana lebih kurang 150 KM iaitu mengambil masa kira-kira 2 jam dari Incheon. Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang boleh dilihat. Kebanyakkan bukit diseliputi salji. Suhu masa tu sejuk giler… sekitar -15° Celcius. Jam 1.30 pm kami pon tiba di Gapyeong-Gun.

(more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Semalam di Korea – Part 1

January 24th, 2011 by aRyLL | 4 Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan

17 Jan. 2011 – Kali ni aku berpeluang mengikuti Business Trip ke Korea Selatan yang company aku anjurkan. Aku ke sana bersama 4 orang lagi rakan sekerja. Kami berlepas dari KLIA dengan penerbangan Korean Air tepat jam 23.59 malam. Sepanjang penerbangan selama 6 jam, keadaan cuaca agak kurang memuaskan. Agak cuak jugak bila pesawat terlanggar kepulan awan tebal yang mengegar pesawat menyebabkan tidur aku tak lena. Macam-macam benda yang bermain di fikiran aku ketika itu.

Di sebalik kebimbangan konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan, akhirnya selamat juga aku sampai di Negara Korea ini. Tepat jam 6.50 pagi waktu Malaysia, pesawat Korean Air KE672 yang membawa kami selamat mendarat di Incheon Airport, Seoul. Suhu yang mencecah -15°C menyambut kehadiran aku dan teman-teman di bumi Korea Selatan ini. Risau gak dalam hati aku sebab dikhuatiri jaket tebal yang aku bawak tak dapat menahan kesejukan dan membataskan aktiviti luar aku nanti. Di sekitar landasan kapal terbang kelihatan litupan salji nipis membangkitkan rasa sejuk yang amat. Terdetik dalam hati.. dapat gak aku main salji nanti hehehe… Tapi bila pikir balik, aku kena utamakan tugas dan misi aku ke sini dahulu. Aku ke sini bukan untuk suka-suka, tapi memikul amanah dan tugas yang diberi oleh company.

Aku yang menahan kesejukan…

Setelah selesai urusan mengambil bagasi dan imegresen (more…)

Share

Seminggu di Jepun

July 24th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan

Hampir seminggu aku dah berada di Negara Matahari terbit ni… Aku ke sini bersama beberapa orang teman atas urusan kerja. Seminggu yang lepas, kami ke sini melalui KLIA – Bangkok – Nagoya. Dari Nagoya kami mengambil train untuk ke Ise City, di mana tempat yang kami perlu tuju untuk menjalankan “tugas-tugas khas” yang company telah amanahkan kepada kami.

Chubu Centrair Airport, Nagoya

Ini merupakan kali kedua aku menjejaki kaki ke sini. Kali terakhir adalah pada tahun 2004. Perjalanan menaiki keretapi dari Nagoya ke Ise City mengambil masa selama 1 jam 40 minit dengan belanja tambangnya sebanyak JPY860.. Kalau nak harap duit sendiri memang tak tau la bila aku nak sampai sini huhuhu… Maklum lah nak ke sini perlukan belanja yang besar jugak.

Tunggu train utk ke Ise City

Sebenarnya aku bukan lah suka sangat nak keluar negara atas urusan kerja ni… Banyak benda yang aku terpaksa tinggalkan seketika semata-mata untuk “mengkayakan” Company tempat aku kerja. Sedangkan online bussiness aku seperti eBay dan lain-lain terabai. Maka menyebabkan pendapatan aku melalui eBay jadi kurang masyuk huhuhu. Entri kali ni aku tak reti nak cite panjang-panjang. Sekadar mengupdate blog aku ni dari terus sepi.

Seperti yang telah kita sedia maklum, Nagoya ialah lokasi penting sebagai pusat pernigaan di mana kira-kira 44 peratus perusahaan automobil di Jepun dikeluarkan di sini. Syarikat-syarikat seperti Toyota, Honda, Suzuki, Mitsubishi, Volkswagen dan General Motors mempunyai ibu pejabat, operasi pembuatan dan pusat pengedaran di Nagoya. Maka tidak hairan lah Nagoya tersenarai sebagai bandar raya ketiga termahal di dunia.

Makan time...

Di sini, untuk menikmati makan tengahari di Restoran sesorang perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM60.00, untuk membeli sekilogram beras RM30.00 dan untuk membeli sedozen telur… korang perlu sediakan lebih kurang RM10.00. Sememangnya kos sara hidup disini memang tinggi banget. Walaupun begitu rakyat Jepun kat sini hidup cam biasa sebab pendapatan diorang agak besar. Gaji seorang Operator Kilang je kat sini lebih kurang JPY150,000 ~ JPY200,000 (RM4000 ~ RM5000). Dah sama ngan gaji Engineer kat Malaysia huhuhu…

Ni je la makanan Jepun yang tekak aku boleh terima...

Sepanjang seminggu aku berada di sini, tak banyak tempat aku nak jalan-jalan. Ise City tempat yang aku duduk ni hanyalah pekan kecil. Takde tempat menarik yang aku dan kawan-kawan lain boleh lawat. Lagipun kitorang ke sini bukan untuk jalan-jalan hohoho… Tapi adalah satu hari tu, diorang (staff machine maker company) bawak kitorang jalan-jalan gi Ise Shrine… tu pun sebab tengok kitorang tension sangat machine tak siap.

Ise Shrine...

Tak banyak gambar aku ambik walaupun pemandangan kat sini memang cantik. Lagipun aku tak bawak kamera yang canggih. Hanya gunakan kamera handphone aku je. Insya allah kalau ada lagi gambar yang lebih baik lagi nanti, aku akan upload untuk tatapan korang :) . Ada lagi beberapa hari aku kat sini sebelum pulang ke Malaysia.

Share

Jakarta oh Jakarta…

July 10th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan

Hari ni sabtu dan hari ke 4 aku di Kota Jakarta. Esok dah nak balik Malaysia tapi aku dan teman-teman yang lain belum menjenguk apa yang ada di Kota Jakarta ini dek disebabkan kesibukan tugas yang perlu diselesaikan dulu. Hanya sekadar menikmati makan malam di Mall Plaza Indonesia yang terletak dihadapan hotel aku menginap. Sebelum ke Jakarta tempohari, ramai jugak kawan-kawan kirim barang. Tapi kalau kirim ngan air liur… dapat air liur je la hehehe. Hari ni aku cuba dapatkan apa yang korang nak. Tapi keutamaan aku adalah ole-ole untuk isteri dan anak-anak aku dulu ye kawan. Kalau ada rezeki baru korang punya plak. Maklum la budget shopping pon ciput je… tu pon aku terpaksa ikat perut ngan ‘Meal Allowance’ yang kompeni bagi, semata-mata nak beli dan shopping ole-ole yang akan di bawa balik ke Malaysia nanti huhuhu…

Pemandangan pagi Sabtu dari tingkap bilik hotel Nikko

Seawal jam 6 pagi waktu Jakarta aku dah bangun. Waktu disini lewat sejam ngan waktu di Kuala Lumpur. Selesaikan dulu kewajipan yang wajib solat subuh, mandi dan sebagainya. Dari tingkap bilik hotel, aku perhatikan traffic hari ni tidak se “macet” hari biasa. Traffic sungguh lancar sekali. Memang kalau hari pertengahan minggu di Kota Jakarta ini, traffic nya sungguh sesak. Bayangkan lah setiap pagi kami ke PT Bakrie yang jaraknya dari Nikko Hotel hanya 35 km tapi mengambil masa perjalanan 2 jam. Supir dari PT Bakrie yang mengambil kami di hotel bilang, “Orang di Kota Jakarta ini tuanya hanya di jalanraya…” huhuhu.

Selesai sarapan di hotel, kami merancang untuk ronda Kota Jakarta hari ni. Destinasi pertama yang kami tuju adalah Tanah Abang. Jarak Tanah Abang dari Hotel Nikko adalah lebih kurang 3 Km sahaja. Walaupon dekat tapi kitorang ambik teksi sebab kitorang tak tau jalan hehehe. Tambang teksi dari Nikko Hotel ke Tanah Abang hanya lah 12,000 Rupiah. Mahal gak? tak la mahal kot lebih kurang RM6 duit Malaysia.

Pasar Tanah Abang...

Kat Pasar Tanah Abang ni adalah tempat jual pakaian dan fabrik yang memang besar giler. Kalau orang pompuan pergi sini memang gila la… Apa taknya, ada macam-macam kain, tudung, baju.. yang harganya sangat murah dan cantik-cantik. Kebanyakkan orang yang beli kat sini, diorang beli secara pukal dan berkodi-kodi untuk dijual semula di tempat masing-masing. Aku ingat pon nak borong gak, tapi budget yang ada ciput je… terpaksa la lupakan hajat. Kat sini dapat la aku beli 3 pasang kain baju kurung dan sepasang kain kebaya untuk isteri aku. Untuk aku??? Untuk aku memang takde la sebab takkan aku nak pakai baju kurung kot… hahaha. Bagi sesiapa yang nak shopping kat sini nanti, pastikan budget korang cukup… Kalau boleh pergi sini pagi-pagi dalam kul 10. Pastu pergi sini biar berdua dan jangan berseorangan, bahaya! Kalau pompuan biar ada orang lelaki yang teman. Kalau beli barang tu pastikan tawar harga rendah. Penjual kat sini kalau dia tau kita ‘orang luar’… diorang akan naikkan harga. Pastikan jugak kalau nak ke sini naik teksi Bluebird. Kalau naik teksi lain takut kena tipu bila driver teksi tu tau kita orang Malaysia, sebab dia ingat orang Malaysia ni kaya-kaya… banyak duit so dia pon charge la lebih. Lain la kalau korang memang kaya hahaha…

Orang pompuan pasti "giler" kalau ke sini...

Kain tudung sembahyang wanita... macam-macam jenis

Baju Batik Kat Thamrin City... boleh jual balik kat eBay ni

Selesai shopping kat Tanah Abang, kitorang gerak plak pergi ke Thamrin City dangan menyewa Tut Tut yang tambangnya lebih kurang 10,000 Rupiah. Kat Thamrin City ni macam kat Tanah Abang gak. Cuma kat sini lebih spesifik jual pakaian batik. Sememangnya Indonesia terkenal dengan batiknya kan. Keadaan di sini tak sesesak dan sepadat seperti di Tanah Abang. Takde apa yang aku nak beli kat sini sebab barangan nya lebih kurang sama kat Tanah Abang. Kami disini hanya sehingga jam 3 petang. Perut pon dah terasa lapar sebab belum makan tengahari lagi.

Kami terus sahaja ke Restoran Nasi Padang Sederhana yang berdekatan dengan Thamrin City untuk menikmati makan tengahari. Rasanya Restoran ini ada cawangan nya di Kuala Lumpur… kalau tak silap aku la. Makanan kat sini hanya hidangan Nasi Padang dan memang sedap terutamanya “Ayam Pop”. Kalau tak sedap… camna aku boleh habis nasi semangkuk tu. Hehehehe….

Lapar punya pasal... habis semangkuk nasi aku bedal hehehe

Banyaknya lauk...

Perut pon dah kekenyangan… badan pon dah penat rasanya, mata plak macam dah berat je. Masing-masing dah jadi malas nak round Jakarta ni. Kitorang ambik keputusan balik ke hotel je untuk berehat. Mungkin malam nanti kitorang keluar balik nak tinjau plak Jakarta Night Life. Kat Plaza Indonesia yang berhadapan hotel kami menginap pon tak habis tinjau lagi. Tengok la malam ni camna plak…

Related Posts with Thumbnails
Share