Archive for the ‘ Motivasi ’ Category

Buat Duit Bersama OneDropPerfumes-ppc.com

Lebaran Aidilfitri semakin hampir. Tentunya banyak wang yang telah kita belanjakan bagi menghadapi Lebaran kali ini kan… Aidilfitri kali ini pastinya kita semua akan bercuti panjang berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara dan teman-teman. Bukan takat hulurkan tangan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, malahan kita kita juga akan meghulurkan ‘angpow‘ untuk anak-anak saudara dan orang tua kan hehehe. Memang sungguh meriah suasana waktu tu kan. Semua orang gembira.

Tapi lepas je seminggu raya… cuti pon dah habis, ada antara kita yang akan memulakan kerja seperti biasa. Masa ni lah muka mula berkerut. Apa taknya… memikirkan duit dah habis dibelanjakan semasa berhari raya. Bagi yang beringat nak berjimat-cermat tu.. alhamdulillah. Tapi bagi yang boros cam aku… mesti pening-pening lalat pikir mana nak korek duit lepas ni hehehe…

“Now everyone can earn site income with One Drop Perfumes. Promoting your PPC URL to your friends, ask them to join & you will see your point will be increased. Redeem your point with cash money or with One Drop Perfumes products…”

OK la.. post kali ni aku nak share ngan korang cari duit ‘side income’ secara online dengan Program Pay Per Click (PPC) One Drop Perfumes. Korang tentu dah kenal dengan One Drop Perfumes ni kan… Program ni dilancarkan bagi tujuan memberikan pendapatan sampingan kepada pelanggan-pelanggan One Drop Perfumes untuk mendapatkan hasil tanpa had, dengan mengumpul seberapa banyak mata ganjaran daripada hasil klik link affiliate dan juga hasil daripada prospek baru yang mendaftar sebagai ahli PPC. Semakin banyak link affiliate kita diklik oleh pelawat, semakin banyaklah mata ganjaran yang akan kita perolehi. Begitu juga semakin banyak prospek baru mendaftar melalui link kita maka semakin banyaklah mata ganjaran yang kita bakal perolehi.

Ada beberapa pakej yang pihak One Drop Perfumes sediakan untuk Program Pay Per Click ini. Antaranya :

1) PAKEJ PERCUMA – Tiada sebarang bayaran dikenakan
2) PAKEJ STANDARD – RM35
3) PAKEJ ADVANCE – RM50
4) PAKEJ SUPREME – RM60

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pakej-pakej tersebut, korang bolehlah klik kat SINI

Bukan mustahil Korang berpeluang menjana pendapatan melebihi RM300 – RM1000 sehari bersama program ini. Apa yang korang perlu lakukkan ialah promosikan URL PPC korang kepada rakan-rakan dan dapatkan mata ganjaran daripada hasil lawatan diorang melalui link PPC korang dan juga mata ganjaran daripada prospek baru yang mendaftar melalui URL korang tu. Ini bukanlah program MLM, Skim cepat Kaya ataupun yang menyalahi undang-undang, tetapi ia adalah program Affiliate. Untuk menebus mata ganjaran korang, korang haruslah mempunyai mata ganjaran daripada URL Prospek baru yang mendaftar melalui korang.

Modal nak join program ni.. bukan lah besar sangat pon. Kalau tak cuba, tak tau… so, jom la kita cuba.  Untuk join klik kat banner di bawah ini.

  • Share/Bookmark

Seronoknya Puasa Ramadhan…

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik… dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Seluar Jeans Levi’s aku yang pinggangnya bersaiz 33, dah rasa longgar bila aku pakai hehehe…. kalau orang lain tengok dari segi mata kasar, fizikal aku macam takde perubahan. Tapi korang kena percaya dan terima hakikat, puasa telah membuatkan pinggang aku sedikit mengecil. Tak banyak pun takpe. Bak kata pepatah “Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit”. Semasa bulan biasa iaitu bukan bulan Ramadhan, aku pernah cuba untuk berdiet bagi mengurangkan lemak-lemak tepu terutama dibahagian pinggang tapi tak berjaya. Alhamdulillah… dalam bulan Ramadhan ni ada sikit perubahan walaupun waktu buka aku melantak tak ingat hehehe…

Sebenarnya ini adalah antara kelebihan berpuasa. Selain menjalankan perintah agama, puasa adalah cara menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Bagi mencapai tujuan itu, kita sebaik-baiknya menyusun aturan makan kita dengan teratur selama bulan puasa. Secara fisiologi, puasa pada dasarnya adalah mengubah kebiasaan makan. Kebiasaannya kita makan tiga kali sehari pada waktu pagi, siang dan malam. Waktu berpuasa, aktiviti makan dialihkan pada malam hari dan hanya berlaku dua kali iaitu pada waktu berbuka dan bersahur.

Manusia dapat kita analogikan dengan kereta yang perlu diservis apabila tiba masanya. Kereta yang dipakai selama setahun secara terus-menerus tentunya perlu diservis. Antara barang yang mungkin ditukar adalah tayar, minyak hitam dan komponen-komponen lain dalam kereta. Bagi diservis, kereta dihantar ke bengkel. Apabila di bengkel, kereta diservis. Selepas melalui proses ini, kita yakin kereta semakin sedap dipandu dan tahan lama.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu diservis dan perlu melalui proses baik pulih. Kita masuk ke bengkel rohani dan istirehat supaya pembaikan sel-sel tubuh yang rosak dilakukan. Sebagai contoh, perut manusia adalah alat pencernaan yang tidak pernah berehat dan sibuk bekerja siang dan malam. Perut perlu dibersihkan dan direhatkan. Begu juga dengan buah pinggang, pangkreas, hati, otak dan jantung.

Semuanya perlu dikurangi beban kerja dengan cara mengadakan pemuliharaan di dalam ‘bengkel puasa’. Melalui amalan berpuasa, kolestrol yang menempel di pembuluh dihancurkan, gula dalam darah distabilkan dan tekanan darah dinormalkan. Semua ini adalah pemeliharaan secara fizikal.

Demikian juga dengan pemeliharaan rohani. Rohani perlu juga dicaj. Alat mencaj rohani adalah sabar, doa, zikir dan ibadah-ibadah seperti solat, zakat, infak dan sedekah yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Ini bezanya antara diet dengan puasa. Diet menumpukan semata-mata pada fizikal sedangkan puasa tidak hanya mementingkan fizikal malahan juga rohani. Semoga amalan kebaikan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan kali ini dapat terus kita istiqamah untuk bulan-bulan yang akan datang.

  • Share/Bookmark

Semangat Yang Hilang

Semangat aku untuk bereBay datang kembali setelah 5 bulan akaun eBay aku yang ke 4 di Suspended selama satu tahun gara-gara melanggar polisi eBay, menyebabkan punca pendapatan part time aku ni terjejas huhuhu… Semangat nak buat eBay balik ni, datang setelah membaca blog-blog para usahawan eBay. Cerita-cerita dan komen dari pengunjung blog mereka lah yang membakar kembali semangat aku.

Sebenarnya, untuk berniaga di eBay memerlukan semangat yang kental dan hati mau kering. Walaupun dah 2 tahun aku terjebak dalam bisnes eBay ni… kadang-kadang semangat mudah jadi luntur dek kerenah buyer yang mintak refund, open dispute case dan macam-macam lagi. Kekadang tu sebagai manusia biasa tahap kesabaran kita ada hadnya dan tentunya aku mudah jadi tension.

Setelah akaun eBay aku yang ke 4 ni kena suspend… aku ambik keputusan untuk berehat seketika. Bukan aku merajuk dengan eBay. Tapi aku nak bertenang dulu dan mengumpul kekuatan semula dengan membuat research, menambah ilmu eBay, mencari produk dan dropshipper yang terbaik dari ladang. Strategi untuk menjadi eBayer tegar juga sudah dirangka dengan mendapatkan nasihat dan tips dari Sifu-Sifu eBay aku.

Cuma lepas ni, aku mengharapkan sokongan dan dokongan dari isteri tersayang, rakan-rakan eBayer yang lain dan Sifu-Sifu dalam mengharungi bisnes eBay ni. Tanpa korang semua semangat aku akan mudah patah. Aku takkan stop ber eBay sebab aku pernah rasa manisnya eBay. Ruang dan peluang masih banyak lagi terbentang kat depan. Tunggulah penangan akaun eBay yang baru. Akaun memang dah ready, tunggu masa nak release je. Bila dah betul-betul matang, semua akan aku balun, aku tak kira VeRO atau tidak. Hahaha… Jahatnya.

Korang doa-doakanlah akaun aku kali ini selamat dengan sejahtera dan mampu untuk buat duit untuk aku demi menyara keluarga tercinta huhuhu… Aku yakin… Aku Boleh!!

P/S: 10 pintu rezeki, 9 darinya dengan berniaga. eBay pun berniaga gak!

  • Share/Bookmark

Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Pasti ramai tertanya tanya mana lagi seronok samada kerja makan gaji atau kerja sendiri. Kalau kita buat survey, mesti ramai yang pilih nak kerja sendiri. Bagi aku, aku nak buat kedua-duanya sekali buat masa ni. Aku paling benci ngan orang yang tanya “Sampai bila ko nak kerja makan gaji?” Lagi-lagi kalau pertanyaan tu datang dari orang yang buat MLM huhuhu…

Kenapa aku masih bekerja makan gaji? Ada beberapa sebab yang membuatkan aku masih “tertarik” kerja makan gaji ni. Antaranya…:-

  1. Company yang gajikan aku teguh dan kukuh… (Sapa tak kenal Tan Sri Shamsuddin Abd. Kadir)
  2. Gaji bulanan yang tetap di bayar setiap 24hb… hehehe
  3. Kenaikan gaji tahunan – Yang ni kena ikut perfomance dan ikut kepandaian bodek boss.
  4. Bonus tahunan – Yang ni pun sama seperti no. 3.
  5. Elaun kerja luar – Tak la banyak… tapi alhamdulillah.
  6. Elaun kerja lebih masa – Jarang aku buat melainkan kalau terpaksa.
  7. Elaun Perbatuan (Mileage Claim).
  8. Caruman KWSP dari majikan sebanyak 12% dari basic salary.
  9. Kemudahan perubatan PERCUMA di Klinik Swasta dan Hospital – Cover untuk diri , isteri, anak, mak dan ayah.
  10. Perlindungan Insuran Takaful PERCUMA.
  11. Peluang Menunaikan Umrah dan Melancong ke Luar Negara (Outstation la ni)
  12. Cuti tahunan dan Cuti Sakit berbayar – Masa cuti pun gaji tetap jalan.

Untuk korang yang rasa nak kerja makan gaji ataupun yang sedang cari kerja… pastikan korang boleh dapat kemudahan atau benefit seperti di atas sekurang-kurangnya. Walaupun begitu, kerja makan gaji ni banyak karenah yang terpaksa kita hadapi terutamanya dengan pihak atasan. Bila ada kenaikan gaji atau bonus, pasti ada yang rasa tak puas hati atau sebaliknya.

Satu je ayat yang aku nak bagitau kat sini bagi yang makan gaji… Jangan mengharapkan increment atau bonus setahun sekali yang belum tentu dari company… Kat luar tu kita boleh dapat bonus tiap bulan kalau tahu caranya tanpa kita berhenti kerja.

  • Share/Bookmark

Bagaimana “Passive Income” di Jana?

Pernahkah kita terpikir untuk mempunyai Passive Income? Tapi tahukah kita bagaimana nak menjana Passive Income? Rata-rata rakyat Malaysia hanya mempunyai pandapatan Active Income sahaja. Pendapatan yang kita perolehi dari jerit perih usaha kita ini dipanggil Active Income. Dalam bahasa yang mudah, active income adalah sama dengan pendapatan hasil daripada kita menjual masa kita.

Sebagai contoh :- Seorang Engineer bekerja dengan gaji RM 25/jam. Dalam masa 7 jam, Engineer tersebut akan dapat RM 175.00 setiap hari dan RM 1470 seminggu (5 hari) dan RM 3500.00. Wang ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Wang ini dipanggil Active Income. Kita menjual masa kita untuk mendapatkan wang sebanyak ini. Pendapatan aktif tidak kekal lama kerana sekiranya kita jatuh sakit, pencen, berhenti kerja dan ditimpa musibah pendapatan ini juga akan terhenti.

Pasive Income pulak adalah pendapatan yang kita perolehi apabila kita goyang kaki, makan angin ke luar negeri dan tidur… duit akan tetap masuk ke dalam poket atau akaun bank. Pasive Income adalah definisi kekayaan yang sebenarnya. Kaya di dalam maksud mudahnya adalah tempoh berapa lama kita boleh hidup tanpa pendapatan aktif sekiranya suatu hari nanti kita tak dapat bekerja… 1 tahun? 2 tahun? atau 20 tahun?

Ya! Untuk menjadi kaya kita perlu ada “Passive Income” iaitu suatu sumber pendapatan yang mampu memberikan kita wang secara berterusan hasil daripada kita melakukan sesuatu perkara itu sekali sahaja, tanpa perlu kita meluangkan masa dan usaha yang terlalu banyak untuk perkara tersebut. Contoh yang paling mudah :

# Penulis – mereka menulis buku sekali sahaja, kemudian, setiap kali buku mereka terjual, mereka akan mendapat wang royalti.

# Penyanyi / Komposer – mereka merakamkan atau menerbitkan album sekali sahaja, kemudian, setiap kali album tersebut terjual, mereka akan dapat wang royalti.

# Tuan Rumah – mereka ini melakukan urusan pembelian rumah dan mencari penyewa sekali sahaja, kemudian,setiap bulan mereka akan mendapat wang sewa dari penyewa.

# Berurus niaga saham secara pasaran terbuka, atau melalui saham amanah yang membawa pulangan setiap tahun secara dividen ataupun melalui capital appreciation.

# Agen Unit Trust / Insuran – Mereka menjual produk kewangan dan insuran dan hasil jualan tersebut mereka akan memperolehi komisyen, imbuhan dan bonus dari company yang mereka join.

# Mempunyai asset perniagaan yang menjana wang setiap hari walaupun tanpa datang bekerja.

# Melalui pelaburan-pelaburan lain seperti bon, deposit tetap dan sebagainya.

Ini adalah antara pendapatan yang boleh menjana wang ketika kita tidur dan goyang kaki. Di samping itu, adalah sangat penting untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti Doodads. Membeli barangan, atau pelaburan untuk sesuatu yang susut nilai atau “depreciative” adalah sesuatu yang sepatutnya dikurangkan.

Dah ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang mempunyai passive income…. Rumah banglo dan kondo je ada 3, 4 bijik… Akaun ASB pulak full… Saham lagi… ishkkkk kaya betul la diorang tu. Tapi aku?? Haaahhhh…. Ingat aku ni tak boleh jadi cam diorang ke? Aku mesti usaha untuk dapatkan Passive Income tu… Aku tak nak kerja teruk-teruk sehingga umur aku 55 tahun dan sepatutnya lepas umur 55 tahun aku tak perlu bekerja lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Paling menakutkan ialah menjadi miskin ketika umur aku 56 tahun!! Ishhhkkkk… Nauzubillah.

Aku pernah dengar pepatah mengatakan “Kalau anda orang KAYA, anda boleh goyang kaki… Tapi kalau anda nak KAYA, anda TAK boleh goyang kaki “. Fikir-fikirkan lah….

  • Share/Bookmark

Menabung : Satu Kewajipan

Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.

Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!

Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.

Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.

  • Share/Bookmark

Rahsia Orang Berjaya!

Semua orang nak berjaya. Tapi korang tau tak, bahawa orang BERJAYA, mempunyai rahsia kenapa mereka BERJAYA. Mereka mempunyai salah satu kuasa untuk berjaya. Kuasa tersebut adalah kuasa BERTINDAK!!

Ya, itu sahaja. Tiada rahsia lain lagi!

Secara jujur daripada kajian dan pemerhatian aku terhadap orang-orang yang berjaya dengan tidak berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelompok ini.

Orang berjaya mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang mereka rancang dan dalam masa yang sama dapat melakukan apa sahaja yang mereka rasakan perlu mereka lakukan. Kita pulak camna yek? Sudahkah kita melaksanakan apa yang dirancang sebagai azam tahun baru sebelum ni?

Adakah korang dalam kategori berikut?

  • Surirumah yang menjaga anak di rumah yang buntu dengan hutang rumah, kereta & etc?
  • Pelajar yang berhutang dengan PTPTN atau etc
  • Seseorang yang mahu membayar hutang dengan cepat?

Sekiranya korang belum bertindak dengan apa yang korang rancangkan… cepat-cepat lah bertindak! Barulah perancangan nanti berjaya dan membuahkan hasilnya :) !

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark