Jana 8 Potensi Pendapatan

December 27th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in eBay, Kewangan, Monavie, Motivasi, Perniagaan Internet

Alhamdulillah,

Berkat kejujuran dan bersandarkan kredibiliti, team Mviebuilder kami semakin berkembang pantas. Syukur kerana mendapat sokongan dari rakan-rakan IM dan semakin ramai IM yang sudah menyertai dan akan menyertai group Mviebuilder kami ini.

Disamping menjaga kesihatan, kami juga mula menjana income melalui 8 potensi pendapatan. Ya! 8 potensi jana pendapatan.

Jika anda ingin menyertai kami di Mviebuilder, tawaran terhad untuk 100 orang terawal. Lock kedudukan anda dalam group saya dengan bayaran keahlian sahaja RM60! Modal permulaan, boleh dilakukan kemudian.

Bayaran RM60 hanya untuk memastikan kedudukan anda berada di antara orang terawal di dalam network saya. Potensi pendapatan 4-5 angka seminggu gerenti buat mereka yang berusaha bukan goyang kaki dapat duit.

Sebab itu saya katanya, jangan sekadar membaca dan melihat sahaja. Apabila ada peluang yang baik di depan mata, rebutlah ia. Hari ini saya berkongsi peluang, ketahuilah orang lain sedang merebut peluang. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.

Saya dan rakan-rakan IM akan membantu anda di private group kami (di facebook) dan anda akan rasai kehangatan, kehebatan aura mereka ini!

Potensi untuk bersama kami. Jadi leader untuk group kami. Kami ada banyak perancangan untuk membina perniagaan Monavie melalui group Mviebuilder kami. Kepada rakan-rakan eBayer atau sesiapa sahaja yang berminat, boleh SMS atau CALL saya di 019-4020055 atau layari www.mviebuilder.com/members dan klik download laporan PERCUMA disana.

P.s: Untuk mereka yang serius nak MAKE MONEY sahaja.

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kerja Dari Rumah Bersama MvieBuilder.com – Part. 2

December 4th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Kewangan, Monavie, Motivasi, Perniagaan Internet, Tips

Untuk post kali ni aku tak nak cerita banyak… cuma aku nak mintak korang Download Laporan PERCUMA Tenik Khas Menjana Pendapatan Dengan MonaVie. Lepas download, aku galakkan korang print dan baca sambil bersantai… macam baca surat khabar kat umah le hehehe…

So dapatkan segera Laporan PERCUMA ni sementara ianya PERCUMA. Esok kalau aku dah letak harga… pasti korang tak nak belikan.

Klik sini atau gambar di bawah untuk DOWNLOAD

Share

Mengenal Pasti Produk Jualan Yang Menguntungkan

April 26th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in eBay, Kewangan, Motivasi, PayPal, Perniagaan Internet

“Klik button LIKE… Kalau korang suka artikel ni” :)

Bila untung dah banyak... jangan lupa bayar zakat

Dalam menjalankan bisnes samada secara online atau offline, sudah tentu kita inginkan keuntungan terhadap produk yang kita jual. Keuntungan perlu dan wajib bagi memastikan bisnes kita dapat bertahan lama dan berterusan. Oleh itu, kita kena tahu produk yang boleh menguntungkan jualan kita.

Tapi korang tahu tak… Bagaimana untuk mengenal pasti produk jualan yang paling menguntungkan?”

Jom kita tengok contoh 2 produk ni… Katakan korang ada 2 jenis produk yang sedia untuk dijual iaitu Produk A dan Produk B.

(more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Cara Mudah Top Up PayPal

January 10th, 2011 by aRyLL | 14 Comments | Filed in eBay, Kewangan, PayPal, Perniagaan Internet

Salam buat semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih juga atas sokongan dan komen-komen yang kalian berikan selama ini. Semoga di tahun 2011 ini akan memberi lebih banyak kejayaan kepada kita dalam usaha menambah pendapatan melalui “Online Business”.

Untuk post kali ini aku nak kongsi dengan korang, cara mudah untuk top up fund ke dalam akaun PayPal. Sekiranya korang merupakan seorang yang rajin membeli-belah secara online dan mempunyai akaun PayPal tapi tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk membeli-belah, sudah tentu ini akan membantutkan nafsu korang untuk membeli-belah kan… hehehe. Jangan khuatir, ada beberapa cara untuk meneruskan nafsu membeli-belah korang itu. Berikut aku perturunkan cara dan kaedah untuk kita menambah fund ke dalam akaun PayPal :-

1) Beli fund PayPal dari orang lain – Katakan korang memerlukan fund PayPal sebanyak USD100, korang boleh dapatkan dan belinya dari mereka yang mempunyai baki fund PayPal yang (more…)

Share

Buat Duit Bersama OneDropPerfumes-ppc.com

September 2nd, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Kewangan, Perniagaan Internet

Lebaran Aidilfitri semakin hampir. Tentunya banyak wang yang telah kita belanjakan bagi menghadapi Lebaran kali ini kan… Aidilfitri kali ini pastinya kita semua akan bercuti panjang berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara dan teman-teman. Bukan takat hulurkan tangan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, malahan kita kita juga akan meghulurkan ‘angpow‘ untuk anak-anak saudara dan orang tua kan hehehe. Memang sungguh meriah suasana waktu tu kan. Semua orang gembira.

Tapi lepas je seminggu raya… (more…)

Share

Bagaimana “Passive Income” di Jana?

August 2nd, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Kewangan, Motivasi, Perniagaan Internet

Pernahkah kita terpikir untuk mempunyai Passive Income? Tapi tahukah kita bagaimana nak menjana Passive Income? Rata-rata rakyat Malaysia hanya mempunyai pandapatan Active Income sahaja. Pendapatan yang kita perolehi dari jerit perih usaha kita ini dipanggil Active Income. Dalam bahasa yang mudah, active income adalah sama dengan pendapatan hasil daripada kita menjual masa kita.

Sebagai contoh :- Seorang Engineer bekerja dengan gaji RM 25/jam. Dalam masa 7 jam, Engineer tersebut akan dapat RM 175.00 setiap hari dan RM 1470 seminggu (5 hari) dan RM 3500.00. Wang ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Wang ini dipanggil Active Income. Kita menjual masa kita untuk mendapatkan wang sebanyak ini. Pendapatan aktif tidak kekal lama kerana sekiranya kita jatuh sakit, pencen, berhenti kerja dan ditimpa musibah pendapatan ini juga akan terhenti.

Pasive Income pulak adalah pendapatan yang kita perolehi apabila kita goyang kaki, makan angin ke luar negeri dan tidur… duit akan tetap masuk ke dalam poket atau akaun bank. Pasive Income adalah definisi kekayaan yang sebenarnya. Kaya di dalam maksud mudahnya adalah tempoh berapa lama kita boleh hidup tanpa pendapatan aktif sekiranya suatu hari nanti kita tak dapat bekerja… 1 tahun? 2 tahun? atau 20 tahun?

Ya! Untuk menjadi kaya kita perlu ada “Passive Income” iaitu suatu sumber pendapatan yang mampu memberikan kita wang secara berterusan hasil daripada kita melakukan sesuatu perkara itu sekali sahaja, tanpa perlu kita meluangkan masa dan usaha yang terlalu banyak untuk perkara tersebut. Contoh yang paling mudah :

# Penulis – mereka menulis buku sekali sahaja, kemudian, setiap kali buku mereka terjual, mereka akan mendapat wang royalti.

# Penyanyi / Komposer – mereka merakamkan atau menerbitkan album sekali sahaja, kemudian, setiap kali album tersebut terjual, mereka akan dapat wang royalti.

# Tuan Rumah – mereka ini melakukan urusan pembelian rumah dan mencari penyewa sekali sahaja, kemudian,setiap bulan mereka akan mendapat wang sewa dari penyewa.

# Berurus niaga saham secara pasaran terbuka, atau melalui saham amanah yang membawa pulangan setiap tahun secara dividen ataupun melalui capital appreciation.

# Agen Unit Trust / Insuran – Mereka menjual produk kewangan dan insuran dan hasil jualan tersebut mereka akan memperolehi komisyen, imbuhan dan bonus dari company yang mereka join.

# Mempunyai asset perniagaan yang menjana wang setiap hari walaupun tanpa datang bekerja.

# Melalui pelaburan-pelaburan lain seperti bon, deposit tetap dan sebagainya.

Ini adalah antara pendapatan yang boleh menjana wang ketika kita tidur dan goyang kaki. Di samping itu, adalah sangat penting untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti Doodads. Membeli barangan, atau pelaburan untuk sesuatu yang susut nilai atau “depreciative” adalah sesuatu yang sepatutnya dikurangkan.

Dah ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang mempunyai passive income…. Rumah banglo dan kondo je ada 3, 4 bijik… Akaun ASB pulak full… Saham lagi… ishkkkk kaya betul la diorang tu. Tapi aku?? Haaahhhh…. Ingat aku ni tak boleh jadi cam diorang ke? Aku mesti usaha untuk dapatkan Passive Income tu… Aku tak nak kerja teruk-teruk sehingga umur aku 55 tahun dan sepatutnya lepas umur 55 tahun aku tak perlu bekerja lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Paling menakutkan ialah menjadi miskin ketika umur aku 56 tahun!! Ishhhkkkk… Nauzubillah.

Aku pernah dengar pepatah mengatakan “Kalau anda orang KAYA, anda boleh goyang kaki… Tapi kalau anda nak KAYA, anda TAK boleh goyang kaki “. Fikir-fikirkan lah….

Share

Menabung : Satu Kewajipan

July 19th, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Kewangan, Motivasi

Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.

Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!

Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.

Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.

Share

Rahsia Orang Berjaya!

July 14th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Kewangan, Motivasi, Perniagaan Internet

Semua orang nak berjaya. Tapi korang tau tak, bahawa orang BERJAYA, mempunyai rahsia kenapa mereka BERJAYA. Mereka mempunyai salah satu kuasa untuk berjaya. Kuasa tersebut adalah kuasa BERTINDAK!!

Ya, itu sahaja. Tiada rahsia lain lagi!

Secara jujur daripada kajian dan pemerhatian aku terhadap orang-orang yang berjaya dengan tidak berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelompok ini.

Orang berjaya mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang mereka rancang dan dalam masa yang sama dapat melakukan apa sahaja yang mereka rasakan perlu mereka lakukan. Kita pulak camna yek? Sudahkah kita melaksanakan apa yang dirancang sebagai azam tahun baru sebelum ni?

Adakah korang dalam kategori berikut?

  • Surirumah yang menjaga anak di rumah yang buntu dengan hutang rumah, kereta & etc?
  • Pelajar yang berhutang dengan PTPTN atau etc
  • Seseorang yang mahu membayar hutang dengan cepat?

Sekiranya korang belum bertindak dengan apa yang korang rancangkan… cepat-cepat lah bertindak! Barulah perancangan nanti berjaya dan membuahkan hasilnya :) !

Related Posts with Thumbnails
Share