Perkara Penting Sebelum Buka Akaun eBay!

April 22nd, 2011 by aRyLL | 3 Comments | Filed in eBay, Motivasi, PayPal, Perniagaan Internet

“Nak belajar eBay dan cara paling pantas buat duit dengan eBay? Aku sarankan kat korang supaya dapatkan DVD Diari Usahawan eBay Berhingus Edisi Merempit kat bawah ni. Takat ni… inilah DVD atau eBook yang terbaik, yang aku pernah jumpa untuk sesiapa yang ZERO knowledge pasal eBay! Cara penyampaian yang santai dan mudah untuk korang faham. Jom dapatkan segera!!”

 

Ramai dikalangan kita yang ingin berniaga di eBay tapi tak tahu langkah yang betul. Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak nak bukak akaun eBay pasti banyak soalan dan kepastian yang korang perlukan jawapannya bukan? Korang tentu sedia maklum, untuk berniaga di eBay atau nak jadi eBay Seller, korang perlulah mempunyai akaun eBay yang sah.

Post aku kali ni… aku dengan rasa rendah hati nak kongsi dengan korang beberapa tips dan langkah Persediaan Membuka Akaun eBay. Antara perkara-perkara penting yang perlu korang lakukan dan harus ada… adalah seperti berikut :-

  1. Akaun Email – Korang MESTI ada akaun email yang SAH. Antara akaun email yang korang boleh guna adalah Gmail, Yahoo atau Hotmail. Tapi aku lebih sarankan guna email akaun Gmail. Lebih bagus kalau email tu khusus atau khas untuk bisnes eBay dan PayPal sahaja. (more…)
Share

Tags: , , , , ,

Bantulah Saudaramu, Allah Akan Membantumu!

March 11th, 2011 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah

Sungguh janggal dan pelik bila melihat ada golongan yang didatangi oleh individu yang memerlukan bantuan namun dia tidak membantunya sedangkan dia boleh menolong orang tersebut. Apakah dia sendiri tidak pernah memerlukan bantuan orang lain dalam hidupnya?.

Sikap enggan menolong orang lain tidak lain tidak bukan melainkan kerana mementingkan diri sendiri, sombong, angkuh dan jahil dengan agama.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain iaitu :

1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.

2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.

3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.

4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.

Apa lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan urusan kita dibereskan di kehidupan akhirat kelak. Begitu juga agar keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu dan menyelesaikan semua urusan kita di akhirat melainkan Allah SWT.

Untuk mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bantulah sekadar kemampuan yang ada.

Jangan kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan memerlukan bantuan tersebut.

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam…

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Cara Mudah Top Up PayPal

January 10th, 2011 by aRyLL | 14 Comments | Filed in eBay, Kewangan, PayPal, Perniagaan Internet

Salam buat semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih juga atas sokongan dan komen-komen yang kalian berikan selama ini. Semoga di tahun 2011 ini akan memberi lebih banyak kejayaan kepada kita dalam usaha menambah pendapatan melalui “Online Business”.

Untuk post kali ini aku nak kongsi dengan korang, cara mudah untuk top up fund ke dalam akaun PayPal. Sekiranya korang merupakan seorang yang rajin membeli-belah secara online dan mempunyai akaun PayPal tapi tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk membeli-belah, sudah tentu ini akan membantutkan nafsu korang untuk membeli-belah kan… hehehe. Jangan khuatir, ada beberapa cara untuk meneruskan nafsu membeli-belah korang itu. Berikut aku perturunkan cara dan kaedah untuk kita menambah fund ke dalam akaun PayPal :-

1) Beli fund PayPal dari orang lain – Katakan korang memerlukan fund PayPal sebanyak USD100, korang boleh dapatkan dan belinya dari mereka yang mempunyai baki fund PayPal yang (more…)

Share

Buat Duit Bersama OneDropPerfumes-ppc.com

September 2nd, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Kewangan, Perniagaan Internet

Lebaran Aidilfitri semakin hampir. Tentunya banyak wang yang telah kita belanjakan bagi menghadapi Lebaran kali ini kan… Aidilfitri kali ini pastinya kita semua akan bercuti panjang berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara dan teman-teman. Bukan takat hulurkan tangan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, malahan kita kita juga akan meghulurkan ‘angpow‘ untuk anak-anak saudara dan orang tua kan hehehe. Memang sungguh meriah suasana waktu tu kan. Semua orang gembira.

Tapi lepas je seminggu raya… (more…)

Share

Seronoknya Puasa Ramadhan…

August 31st, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik… dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Seluar Jeans Levi’s aku yang pinggangnya bersaiz 33, dah rasa longgar bila aku pakai hehehe…. kalau orang lain tengok dari segi mata kasar, fizikal aku macam takde perubahan. Tapi korang kena percaya dan terima hakikat, puasa telah membuatkan pinggang aku sedikit mengecil. Tak banyak pun takpe. Bak kata pepatah “Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit”. Semasa bulan biasa iaitu bukan bulan Ramadhan, aku pernah cuba untuk berdiet bagi mengurangkan lemak-lemak tepu terutama dibahagian pinggang tapi tak berjaya. Alhamdulillah… dalam bulan Ramadhan ni ada sikit perubahan walaupun waktu buka aku melantak tak ingat hehehe…

Sebenarnya ini adalah antara kelebihan berpuasa. Selain menjalankan perintah agama, puasa adalah cara menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Bagi mencapai tujuan itu, (more…)

Share

Semangat Yang Hilang

August 25th, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in eBay, Motivasi

Semangat aku untuk bereBay datang kembali setelah 5 bulan akaun eBay aku yang ke 4 di Suspended selama satu tahun gara-gara melanggar polisi eBay, menyebabkan punca pendapatan part time aku ni terjejas huhuhu… Semangat nak buat eBay balik ni, datang setelah membaca blog-blog para usahawan eBay. Cerita-cerita dan komen dari pengunjung blog mereka lah yang membakar kembali semangat aku.

Sebenarnya, untuk berniaga di eBay memerlukan semangat yang kental dan hati mau kering. Walaupun dah 2 tahun aku terjebak dalam bisnes eBay ni… kadang-kadang semangat mudah jadi luntur dek kerenah buyer yang mintak refund, open dispute case dan macam-macam lagi. Kekadang tu sebagai manusia biasa tahap kesabaran kita ada hadnya dan tentunya aku mudah jadi tension.

Setelah akaun eBay aku yang ke 4 ni kena suspend… aku ambik keputusan untuk berehat seketika. Bukan aku merajuk dengan eBay. Tapi aku nak bertenang dulu dan mengumpul kekuatan semula dengan membuat research, menambah ilmu eBay, mencari produk dan dropshipper yang terbaik dari ladang. Strategi untuk menjadi eBayer tegar juga sudah dirangka dengan mendapatkan nasihat dan tips dari Sifu-Sifu eBay aku.

Cuma lepas ni, aku mengharapkan sokongan dan dokongan dari isteri tersayang, rakan-rakan eBayer yang lain dan Sifu-Sifu dalam mengharungi bisnes eBay ni. Tanpa korang semua semangat aku akan mudah patah. Aku takkan stop ber eBay sebab aku pernah rasa manisnya eBay. Ruang dan peluang masih banyak lagi terbentang kat depan. Tunggulah penangan akaun eBay yang baru. Akaun memang dah ready, tunggu masa nak release je. Bila dah betul-betul matang, semua akan aku balun, aku tak kira VeRO atau tidak. Hahaha… Jahatnya.

Korang doa-doakanlah akaun aku kali ini selamat dengan sejahtera dan mampu untuk buat duit untuk aku demi menyara keluarga tercinta huhuhu… Aku yakin… Aku Boleh!!

P/S: 10 pintu rezeki, 9 darinya dengan berniaga. eBay pun berniaga gak!

Share

Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

August 22nd, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi

Pasti ramai tertanya tanya mana lagi seronok samada kerja makan gaji atau kerja sendiri. Kalau kita buat survey, mesti ramai yang pilih nak kerja sendiri. Bagi aku, aku nak buat kedua-duanya sekali buat masa ni. Aku paling benci ngan orang yang tanya “Sampai bila ko nak kerja makan gaji?” Lagi-lagi kalau pertanyaan tu datang dari orang yang buat MLM huhuhu…

Kenapa aku masih bekerja makan gaji? Ada beberapa sebab yang membuatkan aku masih “tertarik” kerja makan gaji ni. Antaranya…:-

  1. Company yang gajikan aku teguh dan kukuh… (Sapa tak kenal Tan Sri Shamsuddin Abd. Kadir)
  2. Gaji bulanan yang tetap di bayar setiap 24hb… hehehe
  3. Kenaikan gaji tahunan – Yang ni kena ikut perfomance dan ikut kepandaian bodek boss.
  4. Bonus tahunan – Yang ni pun sama seperti no. 3.
  5. Elaun kerja luar – Tak la banyak… tapi alhamdulillah.
  6. Elaun kerja lebih masa – Jarang aku buat melainkan kalau terpaksa.
  7. Elaun Perbatuan (Mileage Claim).
  8. Caruman KWSP dari majikan sebanyak 12% dari basic salary.
  9. Kemudahan perubatan PERCUMA di Klinik Swasta dan Hospital – Cover untuk diri , isteri, anak, mak dan ayah.
  10. Perlindungan Insuran Takaful PERCUMA.
  11. Peluang Menunaikan Umrah dan Melancong ke Luar Negara (Outstation la ni)
  12. Cuti tahunan dan Cuti Sakit berbayar – Masa cuti pun gaji tetap jalan.

Untuk korang yang rasa nak kerja makan gaji ataupun yang sedang cari kerja… pastikan korang boleh dapat kemudahan atau benefit seperti di atas sekurang-kurangnya. Walaupun begitu, kerja makan gaji ni banyak karenah yang terpaksa kita hadapi terutamanya dengan pihak atasan. Bila ada kenaikan gaji atau bonus, pasti ada yang rasa tak puas hati atau sebaliknya.

Satu je ayat yang aku nak bagitau kat sini bagi yang makan gaji… Jangan mengharapkan increment atau bonus setahun sekali yang belum tentu dari company… Kat luar tu kita boleh dapat bonus tiap bulan kalau tahu caranya tanpa kita berhenti kerja.

Share

Bagaimana “Passive Income” di Jana?

August 2nd, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Kewangan, Motivasi, Perniagaan Internet

Pernahkah kita terpikir untuk mempunyai Passive Income? Tapi tahukah kita bagaimana nak menjana Passive Income? Rata-rata rakyat Malaysia hanya mempunyai pandapatan Active Income sahaja. Pendapatan yang kita perolehi dari jerit perih usaha kita ini dipanggil Active Income. Dalam bahasa yang mudah, active income adalah sama dengan pendapatan hasil daripada kita menjual masa kita.

Sebagai contoh :- Seorang Engineer bekerja dengan gaji RM 25/jam. Dalam masa 7 jam, Engineer tersebut akan dapat RM 175.00 setiap hari dan RM 1470 seminggu (5 hari) dan RM 3500.00. Wang ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Wang ini dipanggil Active Income. Kita menjual masa kita untuk mendapatkan wang sebanyak ini. Pendapatan aktif tidak kekal lama kerana sekiranya kita jatuh sakit, pencen, berhenti kerja dan ditimpa musibah pendapatan ini juga akan terhenti.

Pasive Income pulak adalah pendapatan yang kita perolehi apabila kita goyang kaki, makan angin ke luar negeri dan tidur… duit akan tetap masuk ke dalam poket atau akaun bank. Pasive Income adalah definisi kekayaan yang sebenarnya. Kaya di dalam maksud mudahnya adalah tempoh berapa lama kita boleh hidup tanpa pendapatan aktif sekiranya suatu hari nanti kita tak dapat bekerja… 1 tahun? 2 tahun? atau 20 tahun?

Ya! Untuk menjadi kaya kita perlu ada “Passive Income” iaitu suatu sumber pendapatan yang mampu memberikan kita wang secara berterusan hasil daripada kita melakukan sesuatu perkara itu sekali sahaja, tanpa perlu kita meluangkan masa dan usaha yang terlalu banyak untuk perkara tersebut. Contoh yang paling mudah :

# Penulis – mereka menulis buku sekali sahaja, kemudian, setiap kali buku mereka terjual, mereka akan mendapat wang royalti.

# Penyanyi / Komposer – mereka merakamkan atau menerbitkan album sekali sahaja, kemudian, setiap kali album tersebut terjual, mereka akan dapat wang royalti.

# Tuan Rumah – mereka ini melakukan urusan pembelian rumah dan mencari penyewa sekali sahaja, kemudian,setiap bulan mereka akan mendapat wang sewa dari penyewa.

# Berurus niaga saham secara pasaran terbuka, atau melalui saham amanah yang membawa pulangan setiap tahun secara dividen ataupun melalui capital appreciation.

# Agen Unit Trust / Insuran – Mereka menjual produk kewangan dan insuran dan hasil jualan tersebut mereka akan memperolehi komisyen, imbuhan dan bonus dari company yang mereka join.

# Mempunyai asset perniagaan yang menjana wang setiap hari walaupun tanpa datang bekerja.

# Melalui pelaburan-pelaburan lain seperti bon, deposit tetap dan sebagainya.

Ini adalah antara pendapatan yang boleh menjana wang ketika kita tidur dan goyang kaki. Di samping itu, adalah sangat penting untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti Doodads. Membeli barangan, atau pelaburan untuk sesuatu yang susut nilai atau “depreciative” adalah sesuatu yang sepatutnya dikurangkan.

Dah ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang mempunyai passive income…. Rumah banglo dan kondo je ada 3, 4 bijik… Akaun ASB pulak full… Saham lagi… ishkkkk kaya betul la diorang tu. Tapi aku?? Haaahhhh…. Ingat aku ni tak boleh jadi cam diorang ke? Aku mesti usaha untuk dapatkan Passive Income tu… Aku tak nak kerja teruk-teruk sehingga umur aku 55 tahun dan sepatutnya lepas umur 55 tahun aku tak perlu bekerja lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Paling menakutkan ialah menjadi miskin ketika umur aku 56 tahun!! Ishhhkkkk… Nauzubillah.

Aku pernah dengar pepatah mengatakan “Kalau anda orang KAYA, anda boleh goyang kaki… Tapi kalau anda nak KAYA, anda TAK boleh goyang kaki “. Fikir-fikirkan lah….

Share

Menabung : Satu Kewajipan

July 19th, 2010 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Kewangan, Motivasi

Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.

Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!

Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.

Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.

Share

Rahsia Orang Berjaya!

July 14th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Kewangan, Motivasi, Perniagaan Internet

Semua orang nak berjaya. Tapi korang tau tak, bahawa orang BERJAYA, mempunyai rahsia kenapa mereka BERJAYA. Mereka mempunyai salah satu kuasa untuk berjaya. Kuasa tersebut adalah kuasa BERTINDAK!!

Ya, itu sahaja. Tiada rahsia lain lagi!

Secara jujur daripada kajian dan pemerhatian aku terhadap orang-orang yang berjaya dengan tidak berjaya, terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelompok ini.

Orang berjaya mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang mereka rancang dan dalam masa yang sama dapat melakukan apa sahaja yang mereka rasakan perlu mereka lakukan. Kita pulak camna yek? Sudahkah kita melaksanakan apa yang dirancang sebagai azam tahun baru sebelum ni?

Adakah korang dalam kategori berikut?

  • Surirumah yang menjaga anak di rumah yang buntu dengan hutang rumah, kereta & etc?
  • Pelajar yang berhutang dengan PTPTN atau etc
  • Seseorang yang mahu membayar hutang dengan cepat?

Sekiranya korang belum bertindak dengan apa yang korang rancangkan… cepat-cepat lah bertindak! Barulah perancangan nanti berjaya dan membuahkan hasilnya :) !

Related Posts with Thumbnails
Share
data recoveryData Recovery SoftwareData Recoverydata recovery softwareforex tradingforex