Sebuah Azam Yang Belum Tercapai…

November 30th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah, Tips

Ntah post yang ke berapa la agaknya post aku kali ni dalam tahun 2011 ni huhuhu… Walaupun 2011 dah hampir ke penghujungnya, namun artikel dalam blog aku ni tak lah sebanyak mana pun. Ini adalah disebabkan sikap kemalasan yang melanda dalam diri aku yang sukar dibendung.

Tak perlulah aku nak bagi seribu alasan. Cukup lah aku katakan… aku adalah seorang yang pemalas di tahun 2011 ni. Sebelum 2011 menjelma bermacam azam yang aku buat, namun tak semuanya tercapai. Hampeh!!

Hanya tinggal sebulan je lagi 2012 bakal menjelma. Aku dah serik nak buat bermacam azam. Ramai antara korang yang dah tanam bermacam-macam azam kan? Tu hak korang lah nak tanam azam banyak-banyak. Aku tak nak campur… hahaha. Bagi aku, untuk tahun 2012 ni cukuplah dengan satu azam je… senang nak fokus dengan satu azam ni.

Nak tau apa azam aku untuk tahun 2012 ni? Azam aku ialah… Tak Nak Tinggal Solat. Ya!! Itulah azam aku. Walaupun simple dan senang tapi tak mudah untuk dilaksanakan bagi insan yang lemah dan mudah alpa seperti aku.

Oleh yang demikian, aku nak ajak semua kaum muslimin dan muslimat JANGAN SESEKALI TINGGALKAN SOLAT!! Nak berjaya, bahagia dan kaya di dunia dan akhirat… JANGAN TINGGAL SOLAT!

Sekian. Wassalam.

Share

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Perutusan Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan

August 27th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan, Motivasi, Tazkirah

Salam buat semua pembaca blog aku ini. Alhamdulillah… pejam celik, pejam celik… masuk hari ke 27 kita berpuasa,  maknanya tinggal 2 @ 3 hari lagi untuk kita menyambut bulan Syawal. Terasa begitu pantas Ramadhan bakal meninggalkan kita. Terus terang aku katakan… aku masih belum puas menikmati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Seawal Ramadhan tempohari, memang aku ada tanamkan niat nak “all out” untuk Solat Tarawikh 20 rakaat dan completekan Tadarus Al-Quran 30 juzuk. Tapi semua itu tak kesampaian apatah lagi nak carik “Malam Kemuliaan” (Lailatul Qadar) (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

34 Minit Sehari

August 13th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah, Tips

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat :-

•    Subuh: 2 rakaat

•    Zuhur: 4 rakaat

•    Asar: 4 rakaat

•    Maghrib: 3 rakaat

•    Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , ,

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir…

August 6th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah

Buat peringatan diri sendiri sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang lepas…. Amin.

“andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

solat yang dikerjakan…sungguh khusyuk lagi tawadhu’ (more…)

Share

Bantulah Saudaramu, Allah Akan Membantumu!

March 11th, 2011 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah

Sungguh janggal dan pelik bila melihat ada golongan yang didatangi oleh individu yang memerlukan bantuan namun dia tidak membantunya sedangkan dia boleh menolong orang tersebut. Apakah dia sendiri tidak pernah memerlukan bantuan orang lain dalam hidupnya?.

Sikap enggan menolong orang lain tidak lain tidak bukan melainkan kerana mementingkan diri sendiri, sombong, angkuh dan jahil dengan agama.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain iaitu :

1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.

2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.

3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.

4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.

Apa lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan kewajipan di atas? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah yang daif amat-amat memerlukan urusan kita dibereskan di kehidupan akhirat kelak. Begitu juga agar keaiban diri kita ditutup oleh Allah. Tiada siapa yang dapat membantu dan menyelesaikan semua urusan kita di akhirat melainkan Allah SWT.

Untuk mendapat jaminan tersebut kita hendaklah berbakti kepada saudara kita yang memerlukan. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Bantulah sekadar kemampuan yang ada.

Jangan kecewakan mereka, jangan pentingkan diri sendiri, jangan bersikap sombong dan angkuh. Anda akan rugi di dunia di akhirat. Mungkin hari ini mereka memerlukan bantuan, entah satu masa nanti kita pula akan memerlukan bantuan tersebut.

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam…

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Seronoknya Puasa Ramadhan…

August 31st, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik… dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Seluar Jeans Levi’s aku yang pinggangnya bersaiz 33, dah rasa longgar bila aku pakai hehehe…. kalau orang lain tengok dari segi mata kasar, fizikal aku macam takde perubahan. Tapi korang kena percaya dan terima hakikat, puasa telah membuatkan pinggang aku sedikit mengecil. Tak banyak pun takpe. Bak kata pepatah “Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit”. Semasa bulan biasa iaitu bukan bulan Ramadhan, aku pernah cuba untuk berdiet bagi mengurangkan lemak-lemak tepu terutama dibahagian pinggang tapi tak berjaya. Alhamdulillah… dalam bulan Ramadhan ni ada sikit perubahan walaupun waktu buka aku melantak tak ingat hehehe…

Sebenarnya ini adalah antara kelebihan berpuasa. Selain menjalankan perintah agama, puasa adalah cara menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Bagi mencapai tujuan itu, (more…)

Share

Ye.. Ye.. Abang Balik.. Abang Balik..

August 15th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Tazkirah

Dah 5 hari kita berpuasa. Hari Raya Aidilfitri lambat lagi. Tapi saja la aku nak share Video Ustaz Azhar Idrus ni ngan korang. Korang kena tengok Video ni sampai habis, baru la korang akan faham ngan tajuk post ni hehehehe…. Kita sama-sama ambil ikhtibar dan pengajaran apa yang Ustaz Azhar sampaikan. Semoga kita jadi manusia yang lebih beriman dan bertaqwa.

Share

Oh… Ramadhan

August 10th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Tazkirah

Esok bermulanya  1 Ramadhan… bulan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita sebelum kita dipanggil mengadap Allah Yang MAha Esa. Sedarkah kita selama ini ramai sahabat handai dan ahli keluarga yang pada Ramadhan yang lepas ada bersama-sama kita. Tapi Ramadhan kali ini mereka sudah pergi mengadap Illahi. Bilakah giliran kita pula agaknya?

Ramadhan, bulan yang mulia. Bulan segala bulan dalam takwim Islam. Bulan yang sarat dengan seribu pengertian. Bulan perjuangan dalam Islam; pernah berlaku Perang Badar dalam bulan Ramadan. Bulan yang memberi kekuatan mental, jiwa dan fizikal kepada diri orang Islam.

Secara fizikal, diri menahan lapar, dahaga dan segala perlakuan yang membatalkan puasa, diri pastinya lemah. Namun, di sebalik itu, mengalir kekuatan luar biasa, dan hikmah lain yang tidak kelihatan pada mata kasar. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Justeru, berpuasa yang termaktub sebagai rukun keempat; Rukun Islam, atas perintah-Nya. Sebagai hamba-Nya, kita patuh dan ikut perintah-Nya.

Bulan puasa bukanlah bulan untuk kita mengurangkan aktiviti rutin sebagai hamba-Nya. Kerja rutin berjalan seperti biasa; misalnya sebagai pelajar terus mentelaah pelajaran, ke kuliah, menyiapkan tugasan, dan berinteraksi sesama kawan. Namun, ada aktiviti yang diutamakan iaitu mentelaah kitab Allah, bersolat terawih, berzikir, dan bertadarus al-Quran. Aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal yang agresif atau berat, biasanya dikurangkan pada siang hari.

Berpuasa terasa lebih semangat untuk bekerja dengan tekun. Aktiviti yang dapat mengurangkan pahala berpuasa biasanya dikurangkan. Berpuasa bermakna diri berpuasa segala-galanya; berpuasa hati, mata, telinga, kaki, hidung, mulut, dan tangan. Diri pula menyampaikan khabar berita yang baik dan murni. Berpuasa demi pahala dan keberkatan diri yang dijanjikan Allah, serta membawa diri ke syurga.

Namun, di sebalik hal-hal kebaikan dan hikmah berpuasa, ada kontradiksi manusia yang berpuasa. Kita lihat ketika Ramadhan, gerai menjual makanan tumbuh bagai cendawan. Juadah makanan pula, tak terkira. Semuanya menarik nafsu untuk memakan dan membelinya. Begitu juga di restoran dan di hotel, bufet Ramadan disediakan dengan harga yang tinggi. Terfikir kita, setakat manalah sangat perut boleh diisi dengan makanan dan minuman itu? Tambahan pula perut yang kosong dalam tempoh 8 jam. Bila pekena air seteguk, hilanglah kehausan dan nafsu makan pun terhenti. Maka, apa lagi yang boleh diisi dalam perut, dan dinikmati rasa di kerongkong? Maka yang dibeli banyak-banyak untuk disantap ketika berbuka, tidak termakan. Membazir

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Amin…

Share

Jaga Solat dan Muhasabah Diri

August 6th, 2010 by aRyLL | No Comments | Filed in Tazkirah

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

1. Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).Rahsia khusyuk solat

2. Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

3. Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

4. Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

5. Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

6. Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Related Posts with Thumbnails
Share