Melantak Mee Udang Kuala Sepetang

February 10th, 2012 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan, Tips

Kebiasaanya hari ahad memang dah jadi program tetap aku dan family mencari tempat makan yang sedap dan menarik tak kiralah tempat tu dekat atau jauh. Korang mesti pernah dengar kefamousan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang kan…

Jalan-Jalan Cari makan kali ni aku, isteri dan anak-anak berkesempatan menikmati Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Seawal jam 10 pagi, kami pun bergerak dari Bangi menuju arah Utara demi mencari Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang aku terbaca “keenakannya” di akhbar Kosmo 2 minggu yang lalu. Sedap sangat ke sampai mendapat liputan akhbar dan TV ni? (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kenapa Perlu Kerja Part Time

January 31st, 2012 by aRyLL | 2 Comments | Filed in Monavie, Motivasi, Perniagaan Internet, Tips

Dalam dunia ekonomi yang semakin mencabar dengan kenaikan harga barang yang tak seiring dengan pendapatan bulanan sebagai seorang pekerja, tentu korang terpikir untuk buat kerja part time bagi menambah dan menampung perbelanjaan seharian, bukan? Kebanyakkan orang pada zaman sekarang secara majoritinya kehidupan mereka semakin terhimpit oleh kerana kuasa kewangan yang semakin lemah.

Bagi yang tidak cukup duit terpaksa berhempas pulas siang dan malam untuk mencari rezeki. Tidak cukup dengan gaji kerja tetap, maka terpaksa mencari kerja sambilan atau lebih famous di kenali sebagai kerja part time. Banyak sebenarnya kerja-kerja sambilan yang boleh dilakukan oleh kita untuk menambah pendapatan sama ada kerja sambilan secara “offline” ataupun secara “online”. Yang penting sekali ialah kemahuan dan kerajinan kita serta tidak banyak alasan dalam mencari pekerjaan.

Banyak kerja part time yang boleh kita lakukan bagi menambah pendapatan. Mungkin kerja part time yang kita lakukan itu mampu memberi pulangan yang lumayan sekiranya, kena dengan caranya. Kerja part time boleh kita lakukan secara “offline” atau pun “online”. Semua ini memerlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk mendapat income yang lebih. Oleh itu, korang perlu bijak menentukannya sendiri.

Kalau korang nak carik kerja part time yang boleh memberi pulangan yang memuaskan, carilah MENTOR. Untuk berjaya… kita kena belajar dengan orang yang dah berjaya. Bagi aku… aku suka carik kerja part time yang berkonsepkan “Work Smart”.

Try jenguk kat SINI… mana lah tau korang berminat ke… hehehe

Share

Tags: , , , , , ,

Kerja Dari Rumah Bersama MvieBuilder.com – Part. 2

December 4th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Kewangan, Monavie, Motivasi, Perniagaan Internet, Tips

Untuk post kali ni aku tak nak cerita banyak… cuma aku nak mintak korang Download Laporan PERCUMA Tenik Khas Menjana Pendapatan Dengan MonaVie. Lepas download, aku galakkan korang print dan baca sambil bersantai… macam baca surat khabar kat umah le hehehe…

So dapatkan segera Laporan PERCUMA ni sementara ianya PERCUMA. Esok kalau aku dah letak harga… pasti korang tak nak belikan.

Klik sini atau gambar di bawah untuk DOWNLOAD

Share

Sebuah Azam Yang Belum Tercapai…

November 30th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah, Tips

Ntah post yang ke berapa la agaknya post aku kali ni dalam tahun 2011 ni huhuhu… Walaupun 2011 dah hampir ke penghujungnya, namun artikel dalam blog aku ni tak lah sebanyak mana pun. Ini adalah disebabkan sikap kemalasan yang melanda dalam diri aku yang sukar dibendung.

Tak perlulah aku nak bagi seribu alasan. Cukup lah aku katakan… aku adalah seorang yang pemalas di tahun 2011 ni. Sebelum 2011 menjelma bermacam azam yang aku buat, namun tak semuanya tercapai. Hampeh!!

Hanya tinggal sebulan je lagi 2012 bakal menjelma. Aku dah serik nak buat bermacam azam. Ramai antara korang yang dah tanam bermacam-macam azam kan? Tu hak korang lah nak tanam azam banyak-banyak. Aku tak nak campur… hahaha. Bagi aku, untuk tahun 2012 ni cukuplah dengan satu azam je… senang nak fokus dengan satu azam ni.

Nak tau apa azam aku untuk tahun 2012 ni? Azam aku ialah… Tak Nak Tinggal Solat. Ya!! Itulah azam aku. Walaupun simple dan senang tapi tak mudah untuk dilaksanakan bagi insan yang lemah dan mudah alpa seperti aku.

Oleh yang demikian, aku nak ajak semua kaum muslimin dan muslimat JANGAN SESEKALI TINGGALKAN SOLAT!! Nak berjaya, bahagia dan kaya di dunia dan akhirat… JANGAN TINGGAL SOLAT!

Sekian. Wassalam.

Share

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Creamy Carbonara @ DVD Lubuk Duit?

October 3rd, 2011 by aRyLL | 2 Comments | Filed in eBay, PayPal, Perniagaan Internet, Tips

Kalau korang tengok gambar kat atas tu… mana satu yang korang akan pilih? Creamy Carbonara atau DVD Lubuk Duit? Kedua-dua benda tu memang ada persamaan. Persamaannya adalah kalau korang nak dapatkan kedua-dua benda tu, korang kena keluar duit. Kalau korang pilih dan beli Creamy Carbonara tu korang akan dapat rasa keenakannya dan rasa kenyang je.

Tapi kalau korang beli DVD Lubuk Duit tu plak, korang akan dapat ilmu buat duit hehehe… Dan ada satu lagi perbezaannya iaitu Creamy Carbonara memang ada dijual di Secret Recipe tapi DVD Lubuk Duit ni takde dijual di Secret Recipe… hehehe. Harap maklum!

Sebenarnya DVD Lubuk Duit ni adalah produk terbaru Saudara Noorizam Shah yang dijangka akan dilancarkan pada (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kaedah Menetapkan Harga dan Keuntungan di eBay

September 12th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in eBay, PayPal, Perniagaan Internet, Tips

Bisnes eBay menjadi semakin mencabar semenjak kebelakangan ini disebabkan peningkatkan jumlah penjual yang menyertainya. Menjadikan persaingan semakin sengit. Masing-masing berlumba-lumba membuat listing yang banyak dengan harapan barangan yang diorang listkan itu terjual.

Dalam kegairahan menjual di eBay, kita haruslah bijak memastikan harga yang kita tawarkan kepada bakal pembeli adalah munasabah tanpa merugikan bisnes kita sendiri. Dalam erti kata lain… kita mahu untung.

Post kali ni aku nak kongsikan salah satu tool yang boleh kita gunakan dalam menentukan harga barang yang bakal kita jual dan seterusnya harga tersebut membuatkan kita tidak kerugian malahan untung dan masyuk.

ebay culculator

Korang boleh gunakan tool di bawah ni sebagai kalkulator untuk kira harga jualan dan profit korang kat eBay.

http://www.rolbe.com/ebay.htm

Sekian dahulu untuk tips eBay kali ini.

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Product Review – ProRide Shock Absorber

September 7th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Perniagaan Internet, Tips

Salam buat semua pembaca. Untuk post kali ni aku nak review sikit pasal produk alat ganti kereta hahaha… Mesti korang rasa pelikkan, kenapa aku post topik ni. Produk yang aku nak review kali ni adalah Suspension System dari jenama ProRide. Terdapat beberapa beberapa produk dari brand ProRide ni. Antaranya :-

  1. Standard Shock Absorber (Normal Stroke)
  2. Sport Shock Absorber (Short Stroke / Performance)
  3. Standard Coil Spring (OEM)
  4. Sport Coil Spring (Lowered)
  5. High Performance Brake Pad
  6. Performance Rotor Disc
  7. Semi Synthetic Engine Oil SAE 10W40 (4 Litre)
  8. Semi Synthetic Engine Oil SAE 10W40 (3 Litre)
  9. Mineral Engine Oil SAE 20W50 (4 Litre)
  10. Mineral Engine Oil SAE 20W50 (3 Litre)

KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA

ProRide adalah jenama keluaran SAPURA untuk (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Pantang Larang Untuk Akaun Baru eBay

September 5th, 2011 by aRyLL | 2 Comments | Filed in eBay, PayPal, Perniagaan Internet, Tips

Kalau korang baru create akaun ebay yang baru untuk menjual, jangan terus belasah listing untuk menjual. Jika tidak, risiko akaun korang nak kena “suspended” amatlah tinggi. Selain itu, potensi Selling Limit juga pasti akan ada. Bukan tidak boleh langsung menjual tapi buatlah jualan secara berhemah dan perlahan-lahan untuk tempoh 90 hari. 90 hari adalah tempoh berpantang yang ideal untuk akaun yang baru. Dalam tempoh tersebut, cuba dapatkan sekurang-kurang 30 Positive Feedback samada dengan membeli atau menjual di eBay.com.my.

Seperti yang korang sedia maklum, (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

34 Minit Sehari

August 13th, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Motivasi, Tazkirah, Tips

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat :-

•    Subuh: 2 rakaat

•    Zuhur: 4 rakaat

•    Asar: 4 rakaat

•    Maghrib: 3 rakaat

•    Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, (more…)

Share

Tags: , , , , , , , , , ,

Percutian di Tanah Tinggi Cameron Highlands

May 31st, 2011 by aRyLL | No Comments | Filed in Jalan-Jalan & Cari Makan, Tips

Cuti sekolah baru je bermula. Tentu ramai yang bercadang nak bawak family masing-masing bercuti kan. Tentu korang pun dah ada planning sendiri untuk bercuti bersama keluarga. Sempena cuti sekolah kali ni, aku sempat lah bawak isteri, anak-anak, adik ipar, mak dan bapa mertua aku bercuti ke Cameron Highlands.

Korang tentu dah sedia maklum apa yang ada kat Cameron Highlands… so tak perlu lah aku nak cerita panjang kat post aku kali ni. Cuma kali ni aku nak share beberapa info penting sekiranya korang nak ke sana.

Untuk naik ke Cameron Highlands ni, korang boleh ikut 3 pintu utama. Bagi korang yang bertolak dari (more…)

Related Posts with Thumbnails
Share

Tags: , , , , , , , , , , ,