Sebenarnya banyak jalan atau cara untuk kita menjana pendapatan di internet. Aku sendiri dah cuba bermacam-macam Online Business ni. Ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya. Tapi sekarang ni aku lebih fokus kat eBay. Aku lebih suka buat bisnes eBay. Dah hampir 2 tahun aku buat bisnes eBay ni. Antara sebab aku suka buat eBay ni ialah pendapatan yang hampir konsisten setiap bulan. Walau pun tak bergelar Jutawan… tapi aku puas hati dengan bisnes di eBay ni. Takat income macam Manager Kilang tempat aku keje tu senang-senang je nak dapat dengan eBay ni hehehe….
Tiada jalan senang untuk jadi senang. Untuk dapatkan ilmu eBay ni, aku banyak korbankan wang ringgit, masa bersama isteri dan anak-anak tercinta dan tidur sentiasa tak cukup. Namun semua pengorbanan itu sebenarnya tak lama. Cuma masa mula-mula nak kenal ngan eBay je. Alhamdulillah… pengorbanan semua tu kini berbaloi-baloi. Dan kenangan paling best sepanjang aku buat eBay ni ialah mengajar dan membantu beberapa orang kawan buat duit dengan eBay secara percuma. Aku belajar eBay ni pun dengan beberapa orang Sifu. Antaranya Mas Dino, Noorizam Shah dan Khairul Azlan a.k.a Sifu Lan. Memang tak rugi belajar ngan diorang ni.
Kepada korang yang tengah pikir-pikir atau baru nak berjinak-jinak buat Online Business ni… aku cadangkan korang try la buat eBay ni. Kenapa aku beria ia promote korang supaya buat business eBay ni? Padahal aku bukan dapat komisyen dari eBay pun. Kenapa eBay? eBay merupakan salah satu pasar raya online terbesar dunia. Segala urusan jual beli boleh dijalankan secara auto pilot dan kedai aku boleh dibuka 24 sehari, 7 hari seminggu dan tidak ditutup selama 365 hari setahun! Potensi perniagaan di eBay amatlah luas kerana pelbagai barang diniagakan dan pelanggan berjuta-juta orang setiap hari.
Untuk melakukan pemantauan dan penyenaraian barangan, tak perlu ambil masa yang lama. Aku cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk aku kat eBay. “Kedai” aku plak sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!
Tidak kira sama ada aku berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan aku kat eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari. Dengan berniaga di eBay, aku tak perlu menggajikan sesiapa. Aku lah kuli dan aku lah boss! Aku dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ aku. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.
Aku bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay aku hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, aku boleh senaraikan secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.
Malah dengan eBay jugalah aku dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web aku. Jadi aku boleh jimatkan kos promosi. Sebab aku tau eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa kita tak rebut je peluang ni?
Jadi, kalau korang nak berjaya dengan eBay, kenalah menuntut ilmu. Aku pun masih dalam proses belajar lagi ni.. Jom kita sama-sama belajar.
No related posts.










minat sgt nk blajar ebay but tak tau guna dropship yg mana bagus..
minat pun kena ada kesungguhan…