Jakarta oh Jakarta…

July 10th, 2010 by aRyLL | Posted under Jalan-Jalan & Cari Makan.

Hari ni sabtu dan hari ke 4 aku di Kota Jakarta. Esok dah nak balik Malaysia tapi aku dan teman-teman yang lain belum menjenguk apa yang ada di Kota Jakarta ini dek disebabkan kesibukan tugas yang perlu diselesaikan dulu. Hanya sekadar menikmati makan malam di Mall Plaza Indonesia yang terletak dihadapan hotel aku menginap. Sebelum ke Jakarta tempohari, ramai jugak kawan-kawan kirim barang. Tapi kalau kirim ngan air liur… dapat air liur je la hehehe. Hari ni aku cuba dapatkan apa yang korang nak. Tapi keutamaan aku adalah ole-ole untuk isteri dan anak-anak aku dulu ye kawan. Kalau ada rezeki baru korang punya plak. Maklum la budget shopping pon ciput je… tu pon aku terpaksa ikat perut ngan ‘Meal Allowance’ yang kompeni bagi, semata-mata nak beli dan shopping ole-ole yang akan di bawa balik ke Malaysia nanti huhuhu…

Pemandangan pagi Sabtu dari tingkap bilik hotel Nikko

Seawal jam 6 pagi waktu Jakarta aku dah bangun. Waktu disini lewat sejam ngan waktu di Kuala Lumpur. Selesaikan dulu kewajipan yang wajib solat subuh, mandi dan sebagainya. Dari tingkap bilik hotel, aku perhatikan traffic hari ni tidak se “macet” hari biasa. Traffic sungguh lancar sekali. Memang kalau hari pertengahan minggu di Kota Jakarta ini, traffic nya sungguh sesak. Bayangkan lah setiap pagi kami ke PT Bakrie yang jaraknya dari Nikko Hotel hanya 35 km tapi mengambil masa perjalanan 2 jam. Supir dari PT Bakrie yang mengambil kami di hotel bilang, “Orang di Kota Jakarta ini tuanya hanya di jalanraya…” huhuhu.

Selesai sarapan di hotel, kami merancang untuk ronda Kota Jakarta hari ni. Destinasi pertama yang kami tuju adalah Tanah Abang. Jarak Tanah Abang dari Hotel Nikko adalah lebih kurang 3 Km sahaja. Walaupon dekat tapi kitorang ambik teksi sebab kitorang tak tau jalan hehehe. Tambang teksi dari Nikko Hotel ke Tanah Abang hanya lah 12,000 Rupiah. Mahal gak? tak la mahal kot lebih kurang RM6 duit Malaysia.

Pasar Tanah Abang...

Kat Pasar Tanah Abang ni adalah tempat jual pakaian dan fabrik yang memang besar giler. Kalau orang pompuan pergi sini memang gila la… Apa taknya, ada macam-macam kain, tudung, baju.. yang harganya sangat murah dan cantik-cantik. Kebanyakkan orang yang beli kat sini, diorang beli secara pukal dan berkodi-kodi untuk dijual semula di tempat masing-masing. Aku ingat pon nak borong gak, tapi budget yang ada ciput je… terpaksa la lupakan hajat. Kat sini dapat la aku beli 3 pasang kain baju kurung dan sepasang kain kebaya untuk isteri aku. Untuk aku??? Untuk aku memang takde la sebab takkan aku nak pakai baju kurung kot… hahaha. Bagi sesiapa yang nak shopping kat sini nanti, pastikan budget korang cukup… Kalau boleh pergi sini pagi-pagi dalam kul 10. Pastu pergi sini biar berdua dan jangan berseorangan, bahaya! Kalau pompuan biar ada orang lelaki yang teman. Kalau beli barang tu pastikan tawar harga rendah. Penjual kat sini kalau dia tau kita ‘orang luar’… diorang akan naikkan harga. Pastikan jugak kalau nak ke sini naik teksi Bluebird. Kalau naik teksi lain takut kena tipu bila driver teksi tu tau kita orang Malaysia, sebab dia ingat orang Malaysia ni kaya-kaya… banyak duit so dia pon charge la lebih. Lain la kalau korang memang kaya hahaha…

Orang pompuan pasti "giler" kalau ke sini...

Kain tudung sembahyang wanita... macam-macam jenis

Baju Batik Kat Thamrin City... boleh jual balik kat eBay ni

Selesai shopping kat Tanah Abang, kitorang gerak plak pergi ke Thamrin City dangan menyewa Tut Tut yang tambangnya lebih kurang 10,000 Rupiah. Kat Thamrin City ni macam kat Tanah Abang gak. Cuma kat sini lebih spesifik jual pakaian batik. Sememangnya Indonesia terkenal dengan batiknya kan. Keadaan di sini tak sesesak dan sepadat seperti di Tanah Abang. Takde apa yang aku nak beli kat sini sebab barangan nya lebih kurang sama kat Tanah Abang. Kami disini hanya sehingga jam 3 petang. Perut pon dah terasa lapar sebab belum makan tengahari lagi.

Kami terus sahaja ke Restoran Nasi Padang Sederhana yang berdekatan dengan Thamrin City untuk menikmati makan tengahari. Rasanya Restoran ini ada cawangan nya di Kuala Lumpur… kalau tak silap aku la. Makanan kat sini hanya hidangan Nasi Padang dan memang sedap terutamanya “Ayam Pop”. Kalau tak sedap… camna aku boleh habis nasi semangkuk tu. Hehehehe….

Lapar punya pasal... habis semangkuk nasi aku bedal hehehe

Banyaknya lauk...

Perut pon dah kekenyangan… badan pon dah penat rasanya, mata plak macam dah berat je. Masing-masing dah jadi malas nak round Jakarta ni. Kitorang ambik keputusan balik ke hotel je untuk berehat. Mungkin malam nanti kitorang keluar balik nak tinjau plak Jakarta Night Life. Kat Plaza Indonesia yang berhadapan hotel kami menginap pon tak habis tinjau lagi. Tengok la malam ni camna plak…

Related Posts with Thumbnails
Share

No related posts.

Do you have any comments on Jakarta oh Jakarta… ?