Mengenal Pasti Produk Jualan Yang Menguntungkan

“Klik button LIKE… Kalau korang suka artikel ni” :)

Bila untung dah banyak... jangan lupa bayar zakat

Dalam menjalankan bisnes samada secara online atau offline, sudah tentu kita inginkan keuntungan terhadap produk yang kita jual. Keuntungan perlu dan wajib bagi memastikan bisnes kita dapat bertahan lama dan berterusan. Oleh itu, kita kena tahu produk yang boleh menguntungkan jualan kita.

Tapi korang tahu tak… Bagaimana untuk mengenal pasti produk jualan yang paling menguntungkan?”

Jom kita tengok contoh 2 produk ni… Katakan korang ada 2 jenis produk yang sedia untuk dijual iaitu Produk A dan Produk B.

Produk A :

  • Harga modal adalah RM 30.
  • Harga Jualan adalah RM 50.
  • Untung RM 20 atau 40%

Produk B :

  • Harga modal adalah RM 5.
  • Harga Jualan adalah RM 10.
  • Untung RM 5 atau 50%

Korang tentu sedia maklum formula pengiraan Peratus Keuntungan (profit margin):-

Peratus Keuntungan (profit margin) = (Keuntungan / Jualan) x 100

Apabila kita mengajukan soalan “Produk manakah yang paling menguntungkan?” Ada orang akan menjawab produk A dengan alasan nilai keuntungan lebih tinggi. Ada pula orang akan menjawab produk B dengan alasan peratusan keuntungan adalah tinggi.

Sebenarnya, kedua-dua jawapan di atas kurang tepat. Kita perlukan satu lagi nilai untuk menentukan produk yang paling menguntungkan. Nilai ini dikenali sebagai Conversion Rate atau dalam bahasa melayu nya Kadar Pertukaran. Mari kita lihat contoh…

Apabila 100 orang memasuki kedai/website jualan kita dan jika terdapat 10 orang yang membeli, Conversion Rate adalah bernilai 10%.

  • Katakan jika 100 orang melihat produk A dan hanya 1 orang membeli. Conversion rate produk A adalah bersamaan 1%.
  • Katakan jika 100 orang melihat produk B dan 10 orang membeli produk B, maka conversion rate bagi produk B adalah 10%.

Jadi produk manakah yang lebih menguntungkan? Sudah tentu produk B lebih menguntungkan dari produk A kerana produk B mempunyai Conversion Rate 10% dan menyumbang keuntungan RM50. Manakala Conversion Rate produk A adalah 1% dan menyumbang keuntungan RM20 sahaja..

Ini adalah satu pembelajaran yang sangat penting bagi setiap orang yang menceburi bidang peruncitan, servis dan penjualan online. Kita dapat meningkat keuntungan dengan mengetahui perkara ini.

Peringatan : Ada sesetengah penjual berfikir, adalah lebih baik jika meletakan produk yang paling tidak laku di tempat yang hadapan dan meletakan produk yang paling laku di tempat tersembunyi. Ini adalah taktik yang salah bagi perniagaan kecil.

Apa yang korang buat setelah mengenal pasti produk yang paling menguntungkan?

  1. Jika korang mempunyai kedai – letakkan produk yang paling menguntungkan ini ditempat yang paling strategik dan mudah dilihat oleh ramai orang.
  2. Jika korang menyediakan servis – perkenalkan servis yang paling menguntungkan kepada pelanggan korang.
  3. Jika korang membuat jualan melalui website – pastikan korang promosikan produk yang paling menguntungkan di tempat yang strategik di website korang tu.

Semakin ramai orang melihat produk itu, semakin ramai orang yang akan membeli dan makin banyak pulak korang akan buat duit serta untung hehehe….

Jom kita mulakan hari ini, kenal pasti produk jualan kita yang paling menguntungkan, letakan di tempat yang paling ramai orang tengok, tingkatkan jualan dan tingkatkan keuntungan bisnes. Dah untung… jangan lupa belanja aku hehehe…

Related Posts with Thumbnails
Share
Tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Komen Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge