Seronoknya Puasa Ramadhan…

August 31st, 2010 by aRyLL | Posted under Motivasi, Tazkirah.

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik… dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Seluar Jeans Levi’s aku yang pinggangnya bersaiz 33, dah rasa longgar bila aku pakai hehehe…. kalau orang lain tengok dari segi mata kasar, fizikal aku macam takde perubahan. Tapi korang kena percaya dan terima hakikat, puasa telah membuatkan pinggang aku sedikit mengecil. Tak banyak pun takpe. Bak kata pepatah “Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit”. Semasa bulan biasa iaitu bukan bulan Ramadhan, aku pernah cuba untuk berdiet bagi mengurangkan lemak-lemak tepu terutama dibahagian pinggang tapi tak berjaya. Alhamdulillah… dalam bulan Ramadhan ni ada sikit perubahan walaupun waktu buka aku melantak tak ingat hehehe…

Sebenarnya ini adalah antara kelebihan berpuasa. Selain menjalankan perintah agama, puasa adalah cara menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Bagi mencapai tujuan itu, kita sebaik-baiknya menyusun aturan makan kita dengan teratur selama bulan puasa. Secara fisiologi, puasa pada dasarnya adalah mengubah kebiasaan makan. Kebiasaannya kita makan tiga kali sehari pada waktu pagi, siang dan malam. Waktu berpuasa, aktiviti makan dialihkan pada malam hari dan hanya berlaku dua kali iaitu pada waktu berbuka dan bersahur.

Manusia dapat kita analogikan dengan kereta yang perlu diservis apabila tiba masanya. Kereta yang dipakai selama setahun secara terus-menerus tentunya perlu diservis. Antara barang yang mungkin ditukar adalah tayar, minyak hitam dan komponen-komponen lain dalam kereta. Bagi diservis, kereta dihantar ke bengkel. Apabila di bengkel, kereta diservis. Selepas melalui proses ini, kita yakin kereta semakin sedap dipandu dan tahan lama.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu diservis dan perlu melalui proses baik pulih. Kita masuk ke bengkel rohani dan istirehat supaya pembaikan sel-sel tubuh yang rosak dilakukan. Sebagai contoh, perut manusia adalah alat pencernaan yang tidak pernah berehat dan sibuk bekerja siang dan malam. Perut perlu dibersihkan dan direhatkan. Begu juga dengan buah pinggang, pangkreas, hati, otak dan jantung.

Semuanya perlu dikurangi beban kerja dengan cara mengadakan pemuliharaan di dalam ‘bengkel puasa’. Melalui amalan berpuasa, kolestrol yang menempel di pembuluh dihancurkan, gula dalam darah distabilkan dan tekanan darah dinormalkan. Semua ini adalah pemeliharaan secara fizikal.

Demikian juga dengan pemeliharaan rohani. Rohani perlu juga dicaj. Alat mencaj rohani adalah sabar, doa, zikir dan ibadah-ibadah seperti solat, zakat, infak dan sedekah yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Ini bezanya antara diet dengan puasa. Diet menumpukan semata-mata pada fizikal sedangkan puasa tidak hanya mementingkan fizikal malahan juga rohani. Semoga amalan kebaikan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan kali ini dapat terus kita istiqamah untuk bulan-bulan yang akan datang.

Related Posts with Thumbnails
Share

No related posts.

Do you have any comments on Seronoknya Puasa Ramadhan… ?