Percutian di Tanah Tinggi Cameron Highlands

Cuti sekolah baru je bermula. Tentu ramai yang bercadang nak bawak family masing-masing bercuti kan. Tentu korang pun dah ada planning sendiri untuk bercuti bersama keluarga. Sempena cuti sekolah kali ni, aku sempat lah bawak isteri, anak-anak, adik ipar, mak dan bapa mertua aku bercuti ke Cameron Highlands.

Korang tentu dah sedia maklum apa yang ada kat Cameron Highlands… so tak perlu lah aku nak cerita panjang kat post aku kali ni. Cuma kali ni aku nak share beberapa info penting sekiranya korang nak ke sana.

Untuk naik ke Cameron Highlands ni, korang boleh ikut 3 pintu utama. Bagi korang yang bertolak dari Selatan tanahair, Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang… korang boleh menggunakan laluan Leburaya PLUS dan exit ke Tapah. Bagi korang yang datang dari Utara Tanah air seperti Perlis, Kedah, Penang dan Perak… korang juga boleh guna laluan Lebuhraya PLUS dan exit ke Simpang Pulai. Manakala yang datang dari Pantai Timur korang boleh ikut laluan Gua Musang. Cuma aku nak ingatkan bila nak naik atau turun Cameron Highlands ni kena lah hati-hati sebab jalanraya nya seperti ular kena palu… bengkang-bengkok.

Bagi yang nak pergi ke sini secara berkumpulan atau bersama keluarga yang besar, aku cadangkan korang menginap sahaja di Apartment yang banyak terdapat di sana. Korang boleh pilih apartment 2 bilik atau 3 bilik… cuma sediakan je ongkosnya hehehe… Kalau menginap di apartment ni, korang boleh buat macam rumah sendiri sebab kemudahan asas seperti TV, ASTRO, peti sejuk, peralatan memasak ada disediakan. Tapi bahan mentah untuk memasak korang kena lah bawak sendiri. Masak sendiri lebih jimat untuk yang datang ke sini secara berkumpulan.

 

Desa Anthurium Apartment

Masa aku bercuti ke Cameron Highlands tempohari, aku menyewa dan menginap di Desa Anthurium Apartment. Desa Anthurium Apartment ni terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. Aku menyewa apartment 2 bilik. Walaupun apartment yang aku sewa tu hanya ada 2 bilik tapi ruang tamunya agak luas. Kemudahan asas seperti TV, ASTRO, Peti Sejuk dan peralatan memasak turut disediakan oleh tuan rumah ini. Korang boleh tengok gambar yang aku upload kat sini.

 

Ruang tamu yang luas

Ruang makan dan dapur

Master bedroom ni ada bilik air...

Kalau korang nak hirup udara segar semasa menginap kat apartment ni, korang boleh lah melepak dan bersantai di ruang balkoni yang terdapat di apartment ni. Ruang balkoni nya agak luas dan selesa. Tapi bila lepak kat sini waktu malam… terasa sejuk banget.

 

Ruang balkoni untuk bersantai

Kalau korang nak menginap kat Desa Anthurium Apartment ni, korang boleh lah menghubungi  En. Hamid tuan rumah @ tuan punya apartment ni di talian 019-5682330. Kadar sewa untuk apartment 2 bilik (2 bilik air) ni ialah RM200 untuk satu malam. Kalau korang nak murah lagi… korang deal lah sendiri. Aku bukan dapat komisyen pun promote kat sini tau.

Bagi sesapa yang pernah menginap kat sini, meh bagi komen sikit bagi kawan-kawan yang lain untuk ke sana.

Related Posts with Thumbnails
Share
Tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Komen Pembaca

One Response to Percutian di Tanah Tinggi Cameron Highlands

  1. Percutian says:

    Baru-baru ni pergi bercuti di CH…memang seronok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge