Bila Orang Gila Main Bola…

July 27th, 2010 by aRyLL | Posted under Perniagaan Internet.

Cerita lawak ni dipetik dari email seorang kawan. Jadi aku nak share ngan korang cite lawak sengal ni. Harap korang semua terhibur. Ceritanya begini…

Ada 26 orang pesakit mental (kira gila la ni), mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan di Amerika. Mereka di bawa  ke sana dengan menaiki pesawat Herecules yang besar. Ketika di udara, orang -orang gila ini telah membuat bising dengan bermain bola di dalam pesawat tersebut.

Kapten pesawat menjadi marah dengan keadan bising tersebut lalu menyuruh Co-Pilot menenangkan orang-orang gila tersebut. “Hoi! Kenapa bising sangat ni?? Dah.. Jangan main bola dalam kapalterbang ni” Bentak Co-Pilot terhadap orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Lama kelamaan keadaan menjadi bertambah sunyi dan sepi. Kapten pun menjadi curiga dengan keadaan tersebut. Beliau menyuruh Co-Pilot memeriksa keadaan di belakang. Ketika Co-Pilot datang ke belakang, alangkah terkejutnya beliau kerana orang gila tadi hanya tinggal 4 orang sahaja.

Lalu Co-Pilot pun bertanya kepada 4 orang gila tadi. “Hei! Kamu semua! Kenapa tinggal kamu berempat saja? Yang lain ke mana?” Salah seorang dari 4 orang gila tadi pun menjawab… “Habis tak kasi main bola dalam kapalterbang… jadi diorang main la kat luar”.

Co-Pilot pun bertanya lagi… “Hah! Yang kamu berempat masih kat dalam ni.. kenapa? Dengan selamba 4 orang gila tadi menjawab secara serentak…. “Kami kan pemain simpanan”.

Kah.. kah.. kah.. Lawak tak? Kalau korang tak gelak, tu tandanya korang giler :)

Related Posts with Thumbnails
Share

No related posts.

Do you have any comments on Bila Orang Gila Main Bola… ?

Visitor Trackingdata recoveryData Recovery Softwarebest forex broker