Bisnes eBay Tanpa Modal

August 24th, 2010 by aRyLL | Posted under eBay, PayPal, Perniagaan Internet.

Korang nak tau tak… masa aku mula-mula buat duit dengan  bisnes eBay kira-kira 2 tahun lepas, aku tak perlu keluarkan modal sesen pun. Caya tak? Masa tu, kebanyakkan buyer atau customer yang beli barang aku adalah dari US, Canada dan UK. Mesti korang tak cayakan. Ialah… mana ada buat bisnes tanpa modal kan. Sebenarnya aku hanya keluarkan modal sebanyak RM25 untuk buat Debit Card Visa Electron Public Bank dan RM80 untuk beli eBook “Panduan & Teknik Rahsia eBay” Sifu Lan. Dengan 2 benda ni je la aku start buat bisnes eBay pada penghujung tahun 2008.

Tujuan aku tulis post kali ni bukan nak buat review mengenai ebook “Panduan & Teknik Rahsia eBay” Sifu Lan ni. Tapi sekadar berkongsi cerita bagaimana aku boleh terjebak ngan bisnes ni sehingga sekarang. Aku memang dah nekad masa tu nak cuba bisnes eBay ni… So aku beli la ebook Sifu Lan ni. Selepas 1 minggu membaca dan membuat rujukan mana yang patut.. aku pun start listing di eBay dengan menggunakan teknik beliau itu. Pada mulanya sangka aku, mesti tak dapat sales..tapi setelah lebih kurang 2 minggu tak silap aku listing.. memang ada hasilnya..aku buat ni sebab nak testing samada betul atau tidak apa yang diceritakan oleh Sifu Lan dalam ebooknya itu?

Dalam ebook “Panduan & Teknik Rahsia eBay” korang akan diajar beberapa perkara penting untuk memulakan bisnes eBay ni. Antaranya ialah :-

  1. Langkah demi langkah membuka akaun PayPal dan eBay
  2. Teknik dan rahsia membuat kajian produk terlaris di eBay
  3. Teknik dan rahsia membuat multiple akaun eBay dan PayPal
  4. Pendedahan mengenai PEMBEKAL dan PEMBORONG Rahsia barangan untuk di jual di eBay.
  5. Teknik merekabentuk produk sendiri untuk dijual.

Memang berbaloi-baloi kalau korang baca ebook ni. Sedikit tips dari aku setelah korang dapat beli ebook ini:-

  1. Pastikan korang dah ada akaun eBay dan juga Akaun Premium Paypal.
  2. Khatamkan dan pahamkan sepaham-pahamnya ebook tersebut sebelum listing.
  3. Jangan terlalu ghairah untuk listing dan letakkan harga yang OVERSELL!
  4. Rajinkan diri masuk forum tertutup yang disediakan sebelum start listing di eBay
  5. Jangan takut untuk listing di eBay setelah baca macam-macam kisah suka duka di forum tertutup.
  6. Jangan belasah je listing tanpa buat kajian mengenai produk tersebut. Gunakan Terapeak.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang yang sedang tercari-cari cara buat duit di internet.

Related Posts with Thumbnails
Share

No related posts.

Comments

2 Responses to “Bisnes eBay Tanpa Modal”
  1. Peqaxlol says:

    yekerr? betul ker? hbs awk dpt brape skrg? teringin nak cuba jugak..

Do you have any comments on Bisnes eBay Tanpa Modal ?