Hari ni genap seminggu usia blog aku. Sebelum ni aku ada beberapa blog yang telah aku jahanamkan. Semoga dengan adanya blog yang baru ni akan menambahkan kerancakkan aku untuk berblogging.
Sebelum ni aku memang aktif mengupdate kisah hidup aku kat Facebook. Oleh kerana aku nak tambahkan alternatife tempat aku mengupdate kisah hidup, maka wujudlah blog ini. Dengan adanya blog ini juga, dapatlah korang berkongsi cerita dengan aku.
Ada orang berblogging untuk buat duit, cari kawan, sebar ilmu dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku buat masa ni biarlah benda tu semua datang dengan sendirinya. Tak perlu tergopoh-gapah. Bak kata orang jawa… “Step by step” hehehe…
Buat masa ni aku tak mementingkan sebarang ‘niche’ dalam blog aku ni. Belasah je apa yang terlintas aku nak tulis. Jadi tak hairanlah kalau blog aku ni tak ada pengikut yang setia. Maklum lah… siapa lah aku huhuhu.
Bagi korang yang rasa nak tinggalkan sebarang komen, kutukan, hinaan atau seangkatan dengannya… aku amat berbesar hati dan mengalu-alukan nya. Semoga dengan benda tu semua dapat memperbaiki cara aku berblogging. Akhir kata… aku tinggalkan pantun dua kerat untuk korang jawab.
“Saya budak baru belajar
Ambil galah tolong jolokkan”
Haaa!! Jawab tau, jangan tak jawab… hehehe. Ok la cukup takat ni dulu, aku nak gi update eBay dan PayPal aku plak lepas ni. Chaw..
No related posts.







salam bro, lps baca entri bro kat atas tue rasa nak gelak pun da…bukan pe…aku rasa pa yg ko rasa skrg sama dengan aku just ko lg advance…ko ada dot.com…aku just guna blogspot jer…amatur lg katakn….nak tanya gak….ko beli ke domain ni??mana tau klu free…share2 la ckit…aku nak gak…thanzz bro..pa2 pun chaiyok!!chaiyok!!!
Salam armz… TQ la sbb sudi gelakkan entri aku ni hehehe… Aku pon bukannya expert blogger, aku ujudkan blog ni pon saja-saja… suka-suka. Utk pengetahuan ko domain ni aku beli sendiri… bukan mahal pon RM40/year. Cuma hosting je ditaja oleh seseorang hehehe… Apa pun aku masih budak baru belajar.