Pertandingan Komen Terbaik dan Terbanyak.

March 8th, 2011 by aRyLL | 4 Comments | Filed in Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Jutaan terima kasih atas kesudiaan korang untuk singgah ke blog aku ini.

Untuk post kali ini, dengan sukacitanya aku nak umumkan bahawa blog HasrilDotCom akan menganjurkan Pertandingan Komen Terbaik dan Terbanyak.


Syarat-syarat pertandingan :

  • Komen Terbanyak dan Terbaik – (banyak tetapi ‘kosong’ tak dikira ye…)
  • Korang digalakkan buat satu POST BLOG mengenai pertandingan ini dan jangan lupa masukkan sekali link ke post ini
  • Komen tidak berunsurkan ‘SPAM’
  • Komen hendaklah melebihi 5 patah perkataan.
  • Komen berupa pendapat yang bernas berpeluang untuk dipilih sebagai komen terbaik. (Pendek pun takpe asalkan bernas).
  • Pemenang dikira berdasarkan jumlah komen dan mutu komen bermula dari 14 Mac 2011 hingga 15 April 2011.
  • Komen untuk kali pertama akan dinilai terlebih dahulu bagi mengelak SPAM.
  • Korang boleh komen kat mana-mana post yang terdapat dalam blog ini.
  • Syarat akan ditambah dari masa ke semasa jika perlu

Komen akan dikira melalui kualiti komen yang dibuat dan juga jumlah komen, jika korang komen banyak sekalipun tetapi ‘kosong’ atau tak bermutu maka ia akan ditolak. Oleh itu korang harus memberikan komen yang berkualiti dan banyak bagi membolehkan korang jadi pemenang.

Masa Pertandingan?

Pertandingan akan diadakan selama sebulan iaitu bermula 14 Mac 2011 hingga 15 April 2011 tepat jam 12 malam.

Korang boleh melihat ‘Kaki Komen’ dan ‘Top 10 Kaki Komen’ di sidebar blog ini.

Pengumuman Keputusan

Aku akan mengumumkan keputusan Pertandingan ini pada 16 April 2010 di blog ini.

Hadiah Pemenang

Tempat Pertama     –  Wang Tunai RM150.00

Tempat Kedua        -   Wang Tunai RM100.00

Tempat Ketiga        -   Wang Tunai RM50.00

Tips Nak Menang…

Kalau korang ada blog sendiri dan review tentang pertandingan ini di blog korang… maka peluang untuk korang jadi pemenang amatlah cerah. Harus diingat! Kalau korang banyak komen pun tapi tak review di blog (jika ada blog) korang boleh dikalahkan oleh orang yang me‘review’kan pertandingan ini walaupun komen dia sikit.

Kalau korang ada Facebook… korang boleh klik Button Like yang ada kat atas dan bawah post ini.

Seseorang itu akan berada di rangking teratas jika sekiranya :

1- Komen Bermutu

2- Review pertandingan ini di blog & letak link post ini ataupun Klik Like pada button like Facebook.

3- Komen Terbanyak

4- Mememenuhi syarat-syarat lain

Juri-juri kami akan meneliti kriteria-kriteria di atas dan ‘Review’ ini merupakan salah satu tiket yang mampu melonjak seseorang itu ke rangking teratas.

Selamat bertanding!


Related Posts with Thumbnails
Share

Tags: , , , ,

Visitor Trackingdata recoveryData Recovery Softwareforex trading